..."/>

KEGEMBIRAAN SYAWAL DIKONGSI BERSAMA

BANDAR PERMAS, 2 JUN – YAB Dato Mohamed Khaled Nordin, ADUN Permas merangkap Menteri Besar Johor menyampaikan sumbangan sempena ramadhan di Masjid Bandar Permas Jaya.

Bantuan berupa barang keperluan dapur diberi kepada 204 orang penerima dari PDM Senibong dan PDM Plentong yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan, anak yatim dan asnaf.

Pada belah pagi, seramai 800 orang penerima di dalam Zon Majlis Perbandaran Pasir Gudang menerusi Yayasan Pasir Gudang dibantu dengan jumlah sebanyak RM 160,000.

“Pada bulan ramadhan, kita diajar melakukan kerja kebajikan serta mengeratkan silaturrahim antara sesama Islam.”

“Jika bukan bulan ramadhan, kita bantu sebulan sekali tetapi di bulan yang mulia ini kita pergiatkan lagi bantuan kepada mereka yang memerlukan.” Katanya.

Bantuan seperti ini dilakukan supaya kegembiraan untuk menyambut syawal dapat dikongsi bersama mereka yang kurang bernasib baik.

Top