..."/>

Johor Tubuh Pusat Pembangunan Bakat Bioteknologi Nasional

Pusat Pembangunan Bakat Bioteknologi Nasional akan ditubuhkan di Johor dalam usaha untuk mengatasi jurang kecekapan modal insan yang diperlukan dalam industri bioteknologi serta membantu melahirkan modal insan yang cekap bagi industri bioteknologi dan menarik syarikat asing melabur dalam sektor itu di negeri ini

Pusat yang ditubuhkan melalui kerjasama antara Pusat Kecemerlangan Industri bagi Bioteknologi Malaysian Biotechnology Corp (BiotechCorp), Johor Biotechnology and Biodiversity Corporation (J-Biotech), dan Universiti Malaysia Pahang, dijangka memulakan operasi awal tahun hadapan.

Syarikat boleh menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengikuti latihan amali bagi mempersiapkan mereka untuk industri bioteknologi.

inisiatif pembangunan bioekonomi Johor dijangka menyumbang secara ketara iaitu RM10 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020.

Ketika ini industri bioteknologi tempatan menyumbang 2.2 peratus kepada KDNK dan Johor menyasarkan untuk menjadi peneraju menerusi pelaksanaan pelbagai projek bagi membantu negara mencapai sasaran sebanyak lima peratus menjelang 2020.

Top