..."/>

Intipati utama wakil Umno Johor ketika membahaskan ucapan dasar Presiden

1. Cabaran masa kini Umno akan hanya dapat diatasi jika parti kembali kepada asas fikrah dan fitrah perjuangan yang sebenar.

a. Yang mendasari perjuangan ini ialah perjuangan untuk umat Melayu, kita tak perlu takut dalam memperjuangkan apa saja hak orang Melayu.

b. Umno bukan milik individu, ia milik semua Melayu kerana ia adalah sebuah perjuangan.

c. Tidak ada mana-mana pemimpin boleh hijack atau merampas perjuangan yang luhur ini.

d. Parti komponen perlu terima hakikat ini dan jangan jadi jaguh kampung persoalkan hak Melayu di depan parti sendiri.

e. Bagi memberi ‘legitimacy’ kepada dewan tertinggi BN, maka pemimpin2 parti komponen mesti dipilih oleh semua ahli Umno, MIC, MCA bagi mencerminkan semangat BN yang baru.

f. Dengan cara ini, orang Melayu juga akan tentukan jaguh kampung kaum tertentu tidak akan dipilih menganggotai dewan tertinggi Barisan Nasional.

2. Peremajaan parti

a. Umno Johor menyokong penuh usul peremajaan tetapi menegaskan ia bukan semata-mata menggantikan pemimpin sahaja.

b. Mesti ikut ‘Manhaj Malazi’ iaitu ‘Cara Malaysia’, remajakan pemikiran dan tindakan pemimpin supaya sesuai dengan zaman semasa.

c. Mesti ada gabungan orang baru dengan orang lama kerana orang baru perlukan hikmah kebijaksanaan dan pengalaman orang lama.

d. Sesuai dengan ‘Manhaj Saidina Ali’ dalam strategi perang dan organisasinya iaitu ‘hikmatus syuyukh wa hammas as syabab’ maksudnya – ‘gandingan hebat hikmah dan kebijaksanaan orang lama bersama ketangkasan dan keberanian orang muda’

e. Justeru, pemimpin berusia usah bimbang, mereka masih relevan jika mempunyai pemikiran dan pendekatan yang masih remaja.

f. Pendekatan parti juga perlu remaja, kementerian2 yang dekat dengan keluh kesah rakyat, kos sara hidup, serangan media sosial mesti ditangani oleh pemimpin bertaraf Naib Presiden, untuk buktikan kepada rakyat betapa Umno serius menangani denyut nadi rakyat.

g. Integriti wajib jadi ‘pakaian pemimpin’ Umno, menjadi magnet tarikan kepada orang muda

h. Jangan kita amal ‘politik pisau’, tumpul di atas, tajam di bawah. Apa saja undang2 dan peraturan mestilah sama untuk orang atas atau orang bawah.

g. Pemimpin usah biarkan diri dikelilingi oleh ‘kelkatu politik’ yang hanya datang kepada cahaya habuan dan jawatan. Sayap kelkatu politik ini tidak kuat dan akan gugur kerana tidak bersandarkan perjuangan sebenar, hanya mahukan habuan dan kontrak jutaan.

Top