..."/>

Imbasan Bulletin, Johor nafi laporan tarif air naik tahun depan – MB

Johor nafi laporan tarif air naik tahun depan – MB
Kerajaan negeri Johor menafikan laporan tarif air di negeri ini akan naik pada kadar 10 hingga 12 peratus awal tahun depan – Gambar Fail
Kerajaan negeri Johor menafikan laporan tarif air di negeri ini akan naik pada kadar 10 hingga 12 peratus awal tahun depan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dalam status pendek di laman Facebooknya, menyebut kerajaan negeri tidak menerima sebarang permintaan atau kertas cadangan untuk menaikkan tarif air di Johor.

Pada 23 Sept lepas, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri Datuk Ir Hasni Mohammad dilapor sebagai berkata kerajaan negeri akan memutuskan cadangan kenaikan tarif air selewat-lewatnya awal tahun depan.

Beliau berkata Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd mencadangkan kenaikan tarif air sebanyak 20.2 peratus namun kadar itu dianggap agak tinggi.

Katanya, kenaikan pada kadar 10 hingga 12 peratus mungkin lebih sesuai selepas mengambil kira kos sara hidup di Johor.

Sumber: Astro Awani

Top