..."/>

FAMA BINA PASAR TANI KEKAL DI PERMAS

20160409_120624

20160409_120906

PERMAS, 9 APRIL – Majlis Perasmian Pecah Tanah Tapak Pasar Tani Kekal Permas Jaya serta Pelancaran Karnival Muafakat Tani Johor telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin.

Tapak Pasar Tani kekal berkenaan merupakan sebuah projek komuniti bagi membantu rakyat tempatan untuk mendapatkan barang keperluan dengan harga yang lebih rendah.

Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin berkata ini merupakan salah satu langkah  pendekatan kerajaan negeri  merakyatkan kerajaan walaupun harga tanah di kawasan ini mahal kerana terletak di kawasan bandar namun ia tetap dilaksanakan demi penduduk di Pasir Gudang khususnya. Selain itu, YAB juga meminta supaya FAMA merperbanyakkan outlet di Johor kerana Johor merupakan pengeluar utama dalam sektor agro pertanian.

“Saya berharap pihak FAMA dapat memperbanyakkan pasar tani kekal. Dalam melaksanakan Gagasan Johor Berkemajuan pasar tani juga mesti berkemajuan juga iaitu ia perlu di ‘upgrade’ dan dalam keadaan bersih.”

“Pertumbuhan kemajuan ekonomi bukan hanya berteraskan bangunan pencakar langit tetapi penglibatan secara menyeluruh  keushawanan termasuk industri kecil dan sederhana.”

“Dalam menyediakan tapak pasar tani kekal, ia perlu ditransformasi secara meluas supaya usahawan IKS boleh menjual produk serta memperkembangkan produk mereka di pasar tani ini.”

Tambahnya lagi, kerajaan negeri tidak akan mengabaikan sektor pertanian kerana Pelan Pertumbuhan Strategik Negeri Johor melibatkan daerah yang memberi penekanan serius dalam pengeluaran sektor pertanian.

Top