EDARAN AKHBAR JAUHAR DI PASAR MALAM OLEH PEMUDA UMNO PG

Screenshot_2016-03-16-13-30-58-1

Johor Jaya, 15 Mac 2016 – Seramai 20 orang ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang yang diketuai oleh Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang dan juga Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Johor, Saudara Tan Cher Puk bersama-sama turun ke Pasar Malam Dedap di Johor Jaya bagi mengedarkan Akhbar Jauhar kepada orang ramai.

Perkara sebergini amat penting bagi masyarakat umum untuk mengetahui pencapaian pembangunan serta inisiatif yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri demi mengekalkan kesejahteraan rakyat di Johor.

Selain itu, ia juga dapat mengubah segala persepsi bangsa Johor dengan segala macam fitnah yang dilemparkan oleh sesetengah pihak terhadap barisan kerajaan yang sedang memimpin.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top