..."/>

Dua Pelan Utama Akan Diumumkan

Kerajaan Negeri akan mengumumkan dua pelan utama dalam tempoh terdekat bagi memastikan keseimbangan pembangunan yang pesat berlaku di negeri ini dari aspek pelaburan, infrastruktur, sosial dan kerohanian.

Saya yakin Pelancaran dua pelan itu iaitu Pelan Suara Hati Johor dan Pelan Pertumbuhan Strategik Johor itu dapat memberi limpahan pembangunan di luar Wilayah Iskandar.

Pelan Suara Hati Johor bertindak sebagai satu pelan bagi menangani tujuh fokus utama yang diutarakan rakyat seperti perumahan, kesihatan; ekonomi dan keusahawanan; agama, kos sara hidup dan kesejahteraan rakyat; keselamatan serta infrastruktur.Bagi melihat keberhasilan semua fokus itu setiap Pengerusi Jawatankuasa akan bertanggungjawab bukan saja menetapkan Indeks Prestasi Kerja (KPI) masing-masing bahkan pada masa sama mengukur KPI itu sendiri.

Bagi ‘ Johor Growth Vision ‘ , kita bakal melihat Johor menjadi negeri yang berpendapatan tinggi bukan saja menerusi pelaburan, malah dari pertumbuhan ekonomi yang mampan dipacu teknologi dan infrastruktur moden, modal insan serta mewujudkan peluang dan ekosistem perniagaan lebih kompetetif.

Top