..."/>

DASAR KERAJAAN JELAS MENEMPATKAN ORANG MELAYU DI KAWASAN BANDAR – KHALED

PLENTONG, 15 Oktober – Seramai 6 orang penerima notis 5A hak milik tanah Kampung Plentong Baru telah disampaikan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Menteri Besar Johor, hari ini.

Menurut beliau, pemberian ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri menyelesaikan isu pemilikan tanah kampung-kampung orang Melayu dalam kawasan Pasir Gudang selain mengukuhkan dasar Kerajaan Negeri yang mahu lebih ramai orang Melayu menetap di kawasan bandar.

“Atas keprihatinan Kerajaan Negeri, kita telah tebus tanah di kawasan ini mengikut harga pasaran daripada syarikat yang memiliki tanah ini pada ketika itu, dan kita tawarkan kepada penduduk dengan harga yang lebih rendah bagi memenuhi keinginan peneroka di kawasan ini memiliki tanah.

“Ini juga sebahagian daripada usaha kita meneruskan hasrat dan dasar kita mengekalkan penempatan orang-orang Melayu di kawasan bandar dan ia jelas sekali menunjukkan dasar parti UMNO yang menerajui kerajaan untuk memberi keselesaan kepada masyarkat.”

Beliau dalam pada itu juga berjanji untuk membantu penduduk kawasan tersebut menaiktaraf infrastruktur kawasan kampung agar setanding dengan persekitaran kawasan bandar.

“Saya berharap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui Majlis Daerah dapat membantu menyalurkan bantuan supaya kawasan ini menjadi kawasan penempatan orang Melayu yang moden.

127 orang penerima telah diberi geran hak milik tanah yang merupakan penduduk asal kampung tersebut.

Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Naib Ketua UMNO Bahagian dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Top