..."/>

CAWANGAN KE 13 TABUNG HAJI MULA BEROPERASI DI PASIR GUDANG

20160416_095118

20160416_100640

20160416_100613

20160416_100731

BUKIT DAHLIA, 16 APRIL 2016 – Majlis Perasmian Pejabat Tabung Haji telah dirasmikan dengan jayanya oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, ADUN Permas merangkap Menteri Besar Johor. Pejabat tersebut merupakan cawangan ke-13 di Johor dalam usaha kerajaan negeri untuk memenuhi pendiposit Tabung Haji di dalam Parlimen Pasir Gudang.

Jumlah pendeposit di negeri Johor hampir mencecah seramai 1 juta orang dan seramai 100 ribu pendiposit dari daerah Pasir Gudang. YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin menyatakan rasa gembira kerana ia sememangnya dinantikan oleh semua penduduk islam di kawasan Pasir Gudang yang mempunyai kepadatan penduduk islam melebihi 200 ribu orang bersamaan 61.68 peratus berbanding penganut agama lain.

“Pembukaan cawangan Tabung Haji di kawasan kita akhirnya penduduk Pasir Gudang boleh berurusan dengan mudah dalam urusan yang paling penting dalam perjalanan hidup kita.”

“Tabung Haji bukan institusi biasa. Ia institusi milik ummah yang membolehkan jutaan orang islam di Malaysia menyempurnakan rukun islam ke lima dengan sebaik dan selayaknya.”

Menurut beliau lagi, cerita tentang ikhtiar dan keinginan besar mengerjakan haji merupakan impian segenap pelusuk dunia. Ia mengajak setiap satu kisah tentang hakikat bahawa diluar sana begitu ramai mereka yang tidak berkemampuan tetapi sangat soleh dan baik sebelum berpulang selamanya berkeinginan untuk menjadi tetamu Allah walau sekali dalam hidup mereka.

“Melalui tabung haji ini, tabungan orang islam yang miskin mahupun yang kaya dapat diurus dengan baik dan menghasilkan pulangan sampingan. Dengan pulangan sampingan itu membolehkan mereka menjadi tetamu Allah.”

“Pelaburan kita bukan sekadar patuh syariah tetapi strategik dan berhasilan baik kerana hasil itulah akan dapat menampung subsidi bagi keperluan haji orang islam di Malaysia.

Turut hadir sama dalam majlis perasmian tersebut ialah Yang Berbahagia Tan Sri Ismee Ismail Pengarah Urusan Kumpulan dan ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, YB Puan Hajjah Normala Abdul Samad Ahli Parlimen Pasir Gudang, YB Dato Hj Noh Gadut Penasihat Agama Islam Negeri Johor serta Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Nasir Mohd Yusoff Pengarah Tabung Haji Johor.

Top