Pertumbuhan ekonomi akan memberikan banyak manfaat kepada masyarakat kerana kita berkemampuan untuk membantu orang lain.
MAJLIS PERASMIAN DEWAN MUAFAKAT BUKIT DAHLIA DAN SUMBANGAN SEMPENA DEEPAVALI
Seramai 200 orang penerima bantuan pelbagai kaum yang berlatar belakangkan orang kelainan upaya, kurang berkemampuan dan pesakit kronik melalui Yayasan Pasir Gudang. Sebanyak 30 badan organisasi dan sekolah juga menerima cek peruntukan yang turut disampaikan oleh YAB Menteri Besar Johor.
NILAI MUAFAKAT YANG TINGGI MENJADIKAN JOHOR KUASA EKONOMI BARU MALAYSIA
Beliau menjelaskan bahawa tanpa permuafakatan antara kaum akan menjejaskan dan merencatkan kemajuan dan pembangunan negeri dan negara kita.
TEAM JOHOR BUKTI KEKUATAN BARISAN NASIONAL PASIR GUDANG
Permas Jaya, 5 Oktober – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin menghadiri Majlis Pesta Tanglung yang di adakan di Permas Jaya. Team Johor menjadi bukti kerajaan pimpinan Barisan Nasional di negeri ini tidak mengamalkan konsep asimilasi. Pesta Tanglung yang merupakan budaya masyarakat Tiong Hua sememangnya amat digalakkan serta dijayakan agar selari dengan konsep kerajaan…
Amalan Gotong-royong Perlu Dijadikan Budaya Hidup
PASIR GUDANG, 30 Sept – Konsep gotong-royong yang diamalkan oleh masyarakat di negeri ini perlu diteruskan sebagai suatu budaya dalam kehidupan. Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata amalan tersebut mencerminkan nilai dan kehidupan masyarakat yang bergerak secara bermuafakat. “Apa yang lebih penting adalah penekanan dan kefahaman untuk menjaga kebersihan di kawasan sendiri. “Kita…
Skim Sewa Beli RMMJ Bakal Dilancar
PASIR GUDANG, 23 Sept – Kerajaan Negeri akan melancarkan skim sewa beli untuk Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) pada Ekspo Johor Berkemajuan yang akan berlangsung mulai 6 hingga 14 Oktober depan di Iskandar Puteri. Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya kini memiliki beberapa rumah untuk skim sewa beli berkenaan dan kerajaan akan…
Projek Bina Laluan Basikal Bermula Tahun Depan
PASIR GUDANG, 23 Sept – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan telah diarahkan untuk memulakan projek membina laluan basikal di kawasan Iskandar Malaysia, mulai tahun depan. Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata ini bagi memudahkan orang ramai untuk beriadah dan bermain basikal. Katanya, beliau juga telah meminta Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan…
#VIDEO PEMUDA PASIR GUDANG ANJUR PROGRAM KAYUHAN PRIHATIN DUN PERMAS
PASIR GUDANG, 24 SEPTEMBER – Inilah keadaan masyarakat di Pasir Gudang. Bernilai insan dan bersifat insaniah. Bersama menjayakan projek kayuhan prihatin. ADUN Permas merangkap Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin bersama 500 penduduk tempatan menyertai aktiviti berbasikal pada Program Kayuhan Prihatin DUN Permas ‘Fun Ride’ bersama beliau di Pasir Gudang, semalam. Menurut saudara Noor…
156 MAHASISWA PARLIMEN PASIR GUDANG TERIMA BANTUAN PENDAFTARAN KE IPT DARIPADA YAYASAN PELAJAR JOHOR
PERMAS JAYA, 10 SEPT – Seramai 156 orang pelajar IPT telah menerima Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor (YPJ). Setiap tahun Kerajaan Negeri melalui YPJ meyalurkan peruntukan bagi membantu dan mengupayakan bakal mahasiswa, pada tahun 2017 sahaja YPJ telah memperuntukkan sebanyak RM 50 JUTA ringgit bagi pelbagai bentuk program khusus buat pelajar-pelajar anak Johor.…
Agenda Pemerkasaan Usahawan Perlu Dijayakan Semua Pihak
PASIR GUDANG, 21 Ogos – Kerajaan Johor mahu agenda pemerkasaan usahawan di negeri ini dilakukan secara berterusan dan dijayakan oleh semua pihak. Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata agenda itu perlu dilaksanakan dan bukan hanya sekadar menjadi hasrat dan harapan terutamanya kepada golongan muda di negeri ini. “Kerajaan Negeri tidak mahu ia menjadi…