Umum articles

66 keluarga kurang berkemampuan di bantu

66 keluarga kurang berkemampuan di bantu

SEGAMAT 29 Jan : Seramai 66 orang dari keluarga kurang berkemampuan menerima bantuan sewa rumah dan perniagaan berjumlah RM95,280 yang diperuntukkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah semalam. Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Menteri Besar Johor, YAB. Dato’ Mohamed Khaled Nordin sempena lawatan kerja beliau ke daerah ini. Daripada jumlah itu, sebanyak RM89,280 adalah bagi

Segamat bakal menjadi kawasan perindustrian pertanian dan ekopelancongan

SEGAMAT 28 Jan : Segamat diberi perhatian kerana berpotensi dibangunkan sebagai kawasan perindustrian pertanian dan pusat ekopelancongan berdasarkan kemudahan serta kegiatan pertanian yang dijalankan secara meluas oleh penduduk. Menteri Besar, YAB. Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara tersebut akan diambil kira dalam dalam rangka Pelan Pertumbuhan Ekonomi Strategik Johor yang bakal dimuktamadkan pada hujung tahun ini.

NGO disaran untuk membantu mendidik orang ramai belanja dengan hemat

JOHOR BAHRU 22 Jan: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini disaran membantu kerajaan untuk mendidik dan menggalakkan orang ramai mengamalkan perbelanjaan berhemat. Menteri Besar, YAB. Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, NGO terutama persatuan pengguna juga diharap dapat membantu memberi kesedaran tentang aspek itu kerana mampu mempengaruhi corak perbelanjaan isi rumah serta pengguna. Menurutnya, usaha

Alumni di gesa terus memberi sumbangan kepada IPT

JOHOR BAHRU 18 Jan: Semua persatuan bekas penuntut atau alumni institusi pengajian tinggi (IPT) digesa terus memberi sumbangan, sekali gus membantu memperkasakan universiti masing-masing. Menteri Besar, YAB. Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, kejayaan sesebuah universiti bukan hanya pada tahap kualiti penuntut sedia ada, malah turut bergantung kepada sumbangan besar daripada bekas penuntutnya. Beliau berkata, pemindahan

Penyelidikan, pembangunan bioteknologi memacu pertanian Johor

JOHOR BAHRU 15 Jan: Johor bakal menjadi peneraju kepada sektor penyelidikan dan pembangunan bioteknologi negara khususnya dalam bidang pertanian dan teknologi berkaitan bagi memaksimumkan pengeluaran sesuatu produk, bertepatan dengan status negeri ini sebagai pengeluar terbesar makanan negara. Menteri Besar, YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, selain pelbagai produk tanaman sedia ada seperti nenas dan koko,

Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam

Pasir Gudang 12 Jan: Pada 10.30 pagi tadi YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor telah merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam yang bertempat di Bandar Seri Alam Masai. turut hadir YB Datuk Haji Mohamad Bin Haji Aziz, Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Obet Bin Tawil, Setiausaha Kerajaan Johor, YDH

Perasmian Kem Kesihatan KPJ HealthCare Kampung Senibong Johor

Pasir Gudang 11 Jan: KPJ Health Care Berhad telah menganjur Kem Kesihatan bagi memupuk masyarakat di kawasan kampung ianya untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada masyarakat agar segala penyakit dapat di cegah pada peringkat awal. Program ini telah berjaya membawa penglibatan penduduk di sekitar Kampung Senibong, antara aktiviti yang di jalankan di sini adalah klinik

Johor Hab Pengeluaran Coklat

NUSAJAYA 9 Jan : Johor mampu menjadi hab utama pengeluaran coklat di negara ini berikutan kira-kira 85 peratus pemprosesan produk ini dihasilkan di negeri ini. Menteri Besar Johor, YAB. Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin berkata, perkara tersebut tidak mustahil dicapai berikutan terdapat beberapa pelabur dari luar negara dan tempatan yang menunjukkan minat dalam bidang tersebut.

Johor Meluluskan 9.2 Hektar Kawasan Rumah Mampu Milik

Johor Bahru 9 Jan : Kerajaan negeri meluluskan permohonan membabitkan kawasan seluas kira-kira 9.2 hektar berhampiran Bandar Sri Perani, di sini bagi pembinaan rumah mampu milik. Dalam Mesyuarat, Ahli Majlis Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) yang dipengerusikan Menteri Besar, YAB. Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin baru-baru ini telah membuat keputusan dengan meluluskan permohonan pembinaan rumah

Transformasi JB Beri Manfaat

JOHOR BAHRU 5 Dis: Kerajaan negeri menggariskan tiga langkah utama bagi menjayakan penjenamaan semua Johor Bahru ke arah bandar raya lebih ‘vibrant’ dan ‘liveable city’. Tiga langkah berkenaan adalah membuka peluang ekonomi baharu kepada semua lapisan masyarakat, meningkatkan kualiti alam sekitar dan mempromosikan identiti setempat dengan mengoptimumkan aset sedia ada di bandar raya ini dari

Top