Umum articles

Johor Meluluskan 9.2 Hektar Kawasan Rumah Mampu Milik

Johor Meluluskan 9.2 Hektar Kawasan Rumah Mampu Milik

Johor Bahru 9 Jan : Kerajaan negeri meluluskan permohonan membabitkan kawasan seluas kira-kira 9.2 hektar berhampiran Bandar Sri Perani, di sini bagi pembinaan rumah mampu milik. Dalam Mesyuarat, Ahli Majlis Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) yang dipengerusikan Menteri Besar, YAB. Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin baru-baru ini telah membuat keputusan dengan meluluskan permohonan pembinaan rumah

Transformasi JB Beri Manfaat

JOHOR BAHRU 5 Dis: Kerajaan negeri menggariskan tiga langkah utama bagi menjayakan penjenamaan semua Johor Bahru ke arah bandar raya lebih ‘vibrant’ dan ‘liveable city’. Tiga langkah berkenaan adalah membuka peluang ekonomi baharu kepada semua lapisan masyarakat, meningkatkan kualiti alam sekitar dan mempromosikan identiti setempat dengan mengoptimumkan aset sedia ada di bandar raya ini dari

Majlis Sumbangan Baucer Keperluan Sekolah

Nusajaya 4 Jan: Anjung Nusajaya telah berlangsung Majlis Sumbangan Baucer Keperluan Sekolah anjuran Iskandar Investment Berhad, di rasmikan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin selaku Menteri Besar Johor merangkap Ketua Bahagian UMNO Pasir Gudang. 100 pelajar yang kurang berkemampuan sekitar Pasir Gudang telah terpilih sebagai penerima sumbangan ini, manakala 100 pelajar di sekitar kawasan

Johor Menolak Pusat Perjudian

NUSAJAYA 4 Jan : Kerajaan negeri Johor sehingga kini tidak menerima sebarang  permohonan, cadangan mahupun perancangan daripada mana-mana pihak untuk membuka pusat perjudian atau kasino. Menteri Besar Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berkata dakwaan kononnya pusat perjudian akan dibuka di sebuah hotel di bandar raya ini seperti yang tersebar di Internet merupakan satu penulisan yang nakal.

SPRM nafi siasat pembelian Mercedes-Benz

SHAH ALAM : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan telah memulakan siasatan berhubung pembelian kereta Mercedes-Benz S300L oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Menerusi satu kenyataan media semalam, SPRM bertegas tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung siasatan ke atas pembelian tersebut. Sehubungan itu, sebarang kenyataan media rasmi SPRM hanya akan dikeluarkan melalui portal SPRM sahaja iaitu

Johor Tutup Pusat Hiburan Keluarga Berunsur Judi Mula 1 Januari

Johor Bahru 4 Jan: Kerajaan Johor mengarahkan 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini supaya melancarkan operasi bagi memastikan semua pusat hiburan keluarga yang berunsurkan perjudian di negeri ini ditutup sepenuhnya. Langkah itu dilaksanakan berikutan keputusan kerajaan negeri tahun lalu untuk tidak lagi mengeluarkan lesen pusat hiburan terbabit, berkuat kuasa 1 Januari lalu. Pengerusi

Lawatan TPM Hari Pertama Persekolahan

KUALA LUMPUR 2 Jan: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan hari ini meninjau empat sekolah di Putrajaya dan Kuala Lumpur. Lawatan tersebut bersempena pembukaan sesi persekolahan 2014 di seluruh negara hari ini. Sekolah Kebangsaan Presint 14(1) Putrajaya menjadi sekolah pertama lawatan Muhyiddin yang tiba pada kira-kira pukul 9 pagi. Sejurus

Elaun menteri dikurangkan mulai 1 Jan

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini mengumumkan kerajaan akan melaksanakan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam bermula 1 Januari 2014. Ini termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, dan pegawai kanan kerajaan Gred Utama Sektor Awam C ke atas

Amaran ribut petir di beberapa perairan negara

KUALA LUMPUR : Ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak, Labuan dan Pantai Barat Sabah dijangka berterusan sehingga sebelum subuh esok. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter. Ribut petir juga berlaku di kawasan perairan

Polis panggil pemimpin pembangkang siasat emel dakwaan letupan – Hadi Ho

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahkan memanggil seorang pemimpin parti pembangkang untuk membantu siasatan berhubung penyebaran kandungan emel mendakwa rancangan letupan di beberapa kawasan strategik sempena sambutan Tahun Baru. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah, berkata polis memandang serius penyebaran e-mel yang dikatakan dihantar kepada pemimpin pembangkang itu oleh individu

Top