..."/>

CABARAN UMNO: HAKIKAT DAN REALITI SEBENAR

Zaman kerajaan tahu segala-galanya telah berakhir. Generasi kini adalah ‘a new force’ yang telah merubah struktur tradisional hierarki dan kuasa.Saya menghuraikan cabaran-cabaran mendesak sebelum ini kerana saya tidak mahu UMNO dan orang Melayu terutama di Johor lari dari hakikat dan realiti sebenar.

UMNO hanya ada tiga pilihan.

(i) Menentang dan menghalang perubahan.

Saya yakin kita pasti akan kecundang dan tewas. UMNO akan hanya tinggal sejarah yang bakal dilupakan.

(ii) Mengambil sikap tidak endah, tidak peduli, semua orang hanya dengan kepentingan sendiri ibarat enau dalam belukar.

Kita akan segera menjadi terasing dan akhirnya tidak relevan.

(iii) Merancang, mendepani dan mengurus perubahan ini. Dan merancang dan mengurus perubahan tersebut secara strategik, bijaksana dengan ilmu, dengan akal yang panjang serta kolektif.

Saya percaya ini adalah pilihan terbaik yang harus kita lakukan.

Top