..."/>

Aplikasi Keselamatan Perumahan Pintar ‘ResQ’

Pemaju perumahan di Johor diminta menimbang untuk melengkapkan projek perumahan mereka dengan ‘ResQ’, alatan pintar keselamatan mudah alih menggunakan aplikasi teknologi digital terkini.

Pengguna hanya perlu menekan butang pada peranti GPS itu untuk menghantar isyarat permintaan bantuan kepada tiga pihak iaitu ahli keluarga, pengawal keselamatan bagi kawasan perumahan berpagar dan pihak polis bagi semua kes kecemasan.

Teknologi baru itu dapat membantu Polis Johor membanteras jenayah, sekali gus merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang meletakkan dua Indeks Penilaian Prestasi (KPI) berkaitan keselamatan menerusi Pelan Suara Hati Johor.

Dua KPI itu ialah peratusan penurunan Indeks Jenayah yang dilaporkan dan peratusan penurunan laporan pecah rumah. Saya difahamkan Polis Johor turut menggunakan strategi dan kaedah kepolisan terkini iaitu meningkatkan kehadiran polis serta melaksanakan penugasan unit rondaan bermotosikal.

Top