..."/>

Anugerah Desa Cemerlang 2014

Tahniah Kampung Parit Haji Ali Johan Anugerah Desa Cemerlang 2014 Peringkat Kebangsaan membawa pulang RM 225 000 . Semoga menjadi inspirasi kampung kampung di seluruh negeri ini. Muafakat membawa berkat. Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat.

ADC merupakan pertandingan antara rumah-rumah kampung dan kampung-kampung yang dilaksanakan secara dwi tahunan iaitu pertandingan di peringkat daerah dan negeri dilaksanakan pada tahun pertama dan peringkat kebangsaan pada tahun berikutnya.

Pertandingan ADC berupaya membawa perubahan dan pembangunan berterusan kepada kampung ke arah mewujudkan desa yang maju, menarik dan menguntungkan.

Kriteria penilaian pertandingan ini melibatkan 7 aspek utama iaitu Kempimpinan, Pendidikan, Ekonomi, Kebersihan dan Kesihatan, Keceriaan dan Keindahan, Kerohanian dan Sivik serta Teknologi Maklumat.

Top