..."/>

AKTIVITI KOKORIKULUM MENDIDIK PERMUAFAKATAN DI SEKOLAH

Kepelbagaian masyarakat dapat disatukan melalui aktiviti kokorikulum bukan perkara sia-sia. Ini kerana ia dapat mendidik sikap kemasyarakatan yang tinggi serta dapat menjayakan matlamat kemajuan negeri. Justeru itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan satu organisasi yang amat penting bagi sesebuah sekolah, selain membantu dalam pemantaun tahap prestasi sekolah

YAB Dato Mohamed Khaled Nordin selaku ADUN Permas merangkap Menteri Besar Johor berkata ketika merasmikan Mesyuarat PIBG SMK Nusa Damai, peranan serta tanggungjawab PIBG memberi banyak kesan kepada kemajuan dan pencapaian sesebuah sekolah.

“Kita tahu bahawa PIBG adalah satu organisasi yang begitu bermakna dan penting terhadap sesebuah sekolah.”

“Peringkat kerajaan negeri dan pusat memainkan peranan dan tanggungjawab untuk memperkasa pelajaran dan pembelajaran. Pihak kerajaan dan ibu bapa melihat pada masalah dan cabaran serta kita fikirkan bersama bagaimana usaha bagi pelajar-pelajar ini mengusai ilmu dan pelajaran dengan lebih cemerlang.”

Di samping itu, YAB berkata, ibu bapa memainkan peranan penting dalam memajukan pendidikan anak-anak mereka.

Katanya, ibu bapa harus tegas dalam memastikan pendidikan disekolah dapat dimaksimumkan oleh anak-anak ketika sesi pembelajaran.

“Saya telah meminta pihak UTM untuk bangunkan satu program buat guru-guru Bahasa Inggeris tentang cara paling berkesan untuk mengajar pelajar di sekolah berkenaan penguasaan Bahasa Inggeris kerana bahasa tersebut menjadi bahasa utama buat masyarakat global.”

Menyentuh berkenaan pelajar yang meminati bidang kemahiran pula, beliau menegaskan usaha dan program bantuan tabung kemahiran RM 10 juta telah dilancarkan bagi mereka untuk mendalami bidang kemahiran, ini kerana matlamat kerajaan untuk menjadikan Johor Berkemajuan dapat dilaksanakan. Selain mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat, masyarakat harus mempunyai pemikiran yang tinggi serta berakhlak mulia.

Top