..."/>

AHMAD FADZLI BAHARA NORDIN DILANTIK KETUA PENERANGAN PEMUDA BAHAGIAN BARU

Selaras dengan keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang pada hari Sabtu, 13 Ogos 2016, terdapat pertukaran pegawai Pemuda Bahagian iaitu bagi jawatan Ketua Penerangan.

Saudara Ahmad Fadzli Bahara Nordin (Harmoni, Nusa Damai) dilantik sebagai Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang yang baharu bagi menggantikan Saudara Alex Puspah berkuat kuasa serta-merta.

Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang mengucapkan jutaan terima kasih & setinggi-tinggi penghargaan kepada Saudara Alex Puspah atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan kepada organisasi Pemuda selama ini.

Top