..."/>

Ahli Parlimen Pasir Gudang Ceriakan 100 Pelajar 2014

Pasir Gudang 23 Dis: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Yang Berhormat Puan Hajah Normala binti Abdul Samad  merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Gudang telah menyampaikan bantuan terus kepada pelajar sekolah yang terbahagi kepada 60 orang pelajar sekolah menengah dan seramai 40 orang pelajar sekolah rendah. Dalam ucapan beliau, Yang Berhormat berkata pemberian ini adalah tidak seberapa namun pengorbanan ibu bapa di dalam memberi pendidikan kepada anak-anak sangat penting”.katanya.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak mampu meringankan ibu bapa dan penjaga dalam perbelanjaan permulaan persekolahan yang akan bermula pada tahun hadapan 2014, kita percaya dengan adanya bantuan BR1M 2014 sudah pasti dapat meringankan setiap keluarga yang tinggal di kawasan pasir gudang.”katanya.

“UMNO Bahagian Pasir Gudang sudah pasti tidak akan mengabaikan masyarakat di sekelilingnya kerana susah senang serta pahit getir masyarakat adalah menjadi tanggungjawab dan harapan saya adalah untuk melihat anak-anak pasir gudang menjadi golongan bangsa yang berjaya tidak kira bidang profesional atau kemahiran.”katanya.

Top