“ABANG FLYING KICK TERIMA SIJIL PENGHARGAAN”

JOHOR BAHRU, 6 September: Pembantu Penguatkuasa yang diangkat sebagai wira oleh netizen kerana keberaniannya memberkas peragut baru-baru ini menerima penghargaan daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Shazrin Hafeez Fadzlan, 26, menerima sijil penghargaan, wang tunai RM1,000 dan tawaran jawatan Pembantu Kesihatan Awam (tetap) U19 di MBJB.

Dalam satu rakaman video yang tular dalam media sosial, tindakan pantas Shazrin Hafeez dan orang awam berjaya menahan seorang peragut dalam satu kejadian jam 12.45 tengah hari di Taman Mount Austin, 1 September lalu.

Dalam kejadian itu, penjenayah tersebut yang menaiki sebuah motosikal meragut beg tangan seorang wanita berusia 30 tahun ketika mangsa melintas jalan.

Mangsa yang ketakutan menjerit meminta bantuan sebelum disedari seorang penguat kuasa MBJB dan orang awam yang berusaha menahan suspek daripada melarikan diri.

Shazrin Hafeez Fadzlan, 26, menerima sijil penghargaan, wang tunai RM1,000 dan tawaran jawatan Pembantu Kesihatan Awam (tetap) U19 di MBJB.

Sijil penghargaan kepada Shazrin Hafeez disampaikan oleh YAB Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni Mohammad sempena lawatan beliau ke pejabat baharu MBJB, di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, YB Haji Ayub Jamil dan Datuk Bandar Johor Bahru, Dato’ Haji Adib Azhari Daud.

Sumber : MakmurJohor.com

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top