Author Archives: UMNOPG

156 MAHASISWA PARLIMEN PASIR GUDANG TERIMA BANTUAN PENDAFTARAN KE IPT DARIPADA YAYASAN PELAJAR JOHOR

156 MAHASISWA PARLIMEN PASIR GUDANG TERIMA BANTUAN PENDAFTARAN KE IPT DARIPADA YAYASAN PELAJAR JOHOR

PERMAS JAYA, 10 SEPT – Seramai 156 orang pelajar IPT telah menerima Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor (YPJ). Setiap tahun Kerajaan Negeri melalui YPJ meyalurkan peruntukan bagi membantu dan mengupayakan bakal mahasiswa, pada tahun 2017 sahaja YPJ telah memperuntukkan sebanyak RM 50 JUTA ringgit bagi pelbagai bentuk program khusus buat pelajar-pelajar anak Johor.

Agenda Pemerkasaan Usahawan Perlu Dijayakan Semua Pihak

PASIR GUDANG, 21 Ogos – Kerajaan Johor mahu agenda pemerkasaan usahawan di negeri ini dilakukan secara berterusan dan dijayakan oleh semua pihak. Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata agenda itu perlu dilaksanakan dan bukan hanya sekadar menjadi hasrat dan harapan terutamanya kepada golongan muda di negeri ini. “Kerajaan Negeri tidak mahu ia menjadi

15 Peserta Projek ERA Johor Terima Manfaat

PASIR GUDANG, 20 Ogos – Tanaman cendawan yang dilaksanakan di bawah Projek Ekonomi Rakyat (ERA) Johor di Tadika KEMAS Ketapang, Taman Rinting di sini mendapat sambutan yang menggalakkan, sekali gus membantu rakyat meningkatkan pendapatan isi rumah. Projek itu disertai oleh 15 peserta sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk meningkatkan penyertaan masyarakat dalam kegiatan ekonomi. Seorang

13 DALIL MENGAPA BANGSA JOHOR MESTI TOLAK DAP & SEKUTUNYA

DAP BENCIKAN Istilah BANGSA JOHOR Entah kenapa sejak akhir-akhir ini pembangkang khususnya DAP begitu gemar memainkan isu-isu yang melibatkan sentimen orang Melayu dan perkataan-perkataan yang sinonim dengan orang Melayu di Johor seperti *Bangsa Johor dan Muafakat Johor*. Baru-baru ini budak suruhan DAP, Mahdzir Ibrahim mempertikaikan soal penggunaan Bangsa Johor di kalangan pentadbiran di negeri Johor.

KENYATAAN KETUA PEMUDA UMNO JOHOR

14hb Ogos 2017 1. Reaksi balas Ketua Menteri Pulau Pinang jelas menunjukkan bahawa beliau terkesan dengan kenyataan Menteri Besar Johor baru-baru ini. Benarlah kata pepatah, Siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya. 2. Melihat kepada kenyataan terbaru beliau, Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri mengakui bahawa Pulau Pinang kini memang tandus dengan nilai dan identiti bangsa & agama.

MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA ULANG TAHUN KE 50 PERSATUAN PENGURUSAN RUMAH BERHALA LENG SUAH CHEE

Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin hadir di Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun Ke-50 Penubuhan Persatuan Pengurusan Rumah Berhala Leng Suah Chee, Seri Alam. Beliau turut mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan pihak tertentu yang tidak mahukan semangat dan perjuangan Team Johor untuk dijayakan. Turut

Jangan Pilih Serpihan

PARIT SULONG, 12 Ogos – UMNO perlu menonjolkan diri sebagai pencatur politik paling dominan dalam politik Melayu Islam di Malaysia. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, orang Melayu tetap perlu memilih UMNO kerana parti itu yang telah membangunkan Melayu dan Islam selama ini. “UMNO yang meletakkan kedudukan kita pada tahap kebolehsaingan

Pagoh Matang, Tidak Terperangkap Dalam Nostalgia

Pagoh, 12 Ogos – UMNO Bahagian Pagoh mendapat pujian daripada Pemangku Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ekoran kejayaan bahagian itu mengawal dan beransur pulih ekoran penyingkiran bekas ketuanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut beliau, kewibawaan pemangku ketua bahagian itu, Ismail Mohamed telah melaksanakan tugasnya dengan baik susulan gelora politik yang melanda

Kita Tidak Boleh Tewas – Khaled

Pagoh, 12 Ogos – UMNO dan Barisan Nasional tidak boleh tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang bagi membolehkan agenda pembangunan yang dirancang dapat diteruskan sehingga sempurna. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, kekalahan akan menyebabkan agenda bangsa dan agama mengalami kekurangan dan kelemahan kerana tidak lagi mempunyai kuasa untuk

Top