..."/>

50 ANAK YATIM TERIMA BANTUAN BIRO KEBAJIKAN UMNO MALAYSIA

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin menyambut ketibaan Konvoi Jelajah Biro Kebajikan UMNO Malaysia di kediaman rasminya di Saujana, petang ini.

Konvoi yang diketuai oleh Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Datuk Shamsul Anuar Nasarah itu bertujuan untuk menyampaikan bantuan kepada ketua-ketua UMNO cawangan melalui Ketua-Ketua bahagian UMNO Johor.

Konvoi turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 50 anak yatim dari Pusat Jagaan dan Asrama Kebajikan Ar Rayyan, Taman Tampoi Utama yang berusia tujuh hingga 13 tahun.

Hadir sama Speaker Dewan Negeri, Tan Sri Mohamad Aziz, Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Johor, Azhar Ibrahim dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Md. Jais Sarday.

Top