Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini menerima kunjungan daripada Talentcorp Malaysia yang dihadiri oleh En. Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Talentcorp serta pengurusan kanannya.
Pertemuan ini bertujuan bagi menerangkan perkembangan semasa berkenaan kebolehpasaran, kadar pengangguran, serta perancangan bagi mengatasi isu dan cabaran yang dihadapinya. Talentcorp merupakan sebuah agensi kerajaan bagi menarik, memupuk dan mengekalkan bakat yang terbaik dan tepat untuk membolehkan Malaysia mencapai aspirasinya menjadi sebuah negara maju.
Selari dengan usaha menjayakan peranannya, Talentcorp bertanggungjawab dalam membentuk, mempengaruh, menyelaras dasar serta membangunkan insiatif yang menjadi asas kepada dasar bakat nasional.
Bertepatan dengan perutusan Tahun Baharu tempoh hari, Datuk Seri Mohamed Khaled telah menekankan bahawa Malaysia sedang berusaha untuk menjadi sebagai hab bakat dan pengetahuan ilmu sejagat. Kehadiran ramai bakat terbaik akan secara langsung memperkukuh kualiti dan standard pendidikan tinggi negara. Usaha ini akan menjadikan Malaysia ‘the lynchpin’ for talents and knowledge between the two oceanic regions.
2 Mei 2023