Sasaran kita ialah peladang-peladang akan meraih pendapatan sekurang-kurangnya RM3000 sebulan. Kerajaan negeri komited untuk menyediakan prasarana, logistik dan sokongan yang sesuai untuk memastikan sasaran ini dicapai. Seramai 150 peladang akan terlibat dalam perladangan kontrak yang akan dilaksanakan di kawasan seluas kira-kira 202.34 hektar.
Di bawah program Pembangunan Komuniti Bioteknologi, tanah-tanah yang tidak diusahakan akan dimajukan melalui penggunaan bioteknologi, menerusi model perladangan kontrak.
Dengan peluang-peluang komersial baharu dalam bioekonomi dan Program Pembangunan Komuniti, Johor sudah bersedia untuk menyumbangkan lebih RM100 juta kepada pendapatan negara kasar menjelang 2020