Hari ini saya menyampaikan amanat kepada mahasiswa mahasiswi baru UTM. Saya ingin menasihatkan agar mahasiswa memantapkan diri dengan lima perkara ketika berada di universiti sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Lima perkara itu ialah mempunyai kemahiran berfikir secara kritikal,
berfikiran kreatif dan inovatif, belajar bagaimana bekerjasama, menjadi
penyampai yang berkesan serta belajar menyesuaikan diri dengan
kepelbagaian.
Dengan adanya lima perkara ini, pelajar dapat menempatkan diri mereka di alam pekerjaan yang sentiasa memerlukan pendekatan yang baru untuk mencapai sesuatu objektif.