Skim MyHome Dilaksanakan Mulai 1 April 2014

Kerajaan Johor menyambut baik usaha kerajaan pusat menyediakan skim bantuan kewangan sehingga RM30,000 dalam usaha membantu rakyat memiliki kediaman pertama.

Kerajaan Negeri Johor juga menyarankan skim MyHome tidak dihadkan kepada rumah jenis kos rendah saja, tetapi diharap dapat diperluaskan kepada semua jenis kediaman. Kerajaan menawarkan skim yang amat baik untuk membantu rakyat, namun saya berharap ia tidak terhad kepada satu jenis rumah saja

Seperti di Johor, kita menerima hakikat, kalau kerajaan saja yang bantu, kita tidak mungkin dapat melakukannya secara meluas. Oleh itu, kerajaan memperkenalkan dasar yang mana membabitkan pihak yang berniaga seperti pemaju untuk turut sama membantu supaya rakyat berpendapatan rendah dapat membeli rumah dengan menetapkan harga rumah kos rendah di Johor pada RM40,000 dan walaupun kita tahu harga rumah itu tinggi untuk membinanya, tetapi kita meminta pemaju memberikan subsidi dan ini sudah menjadi amalan kita selama ini.

Kalau saya mahu beli rumah kos rendah harga RM40,000 yang sebenarnya kediaman itu berharga RM70,000, pemaju sudah memberi subsidi RM30,000, kerajaan beri lagi RM30,000 seperti yang diumumkan, saya hanya bayar RM10,000. Saya berharap pandangan ini diterima kerajaan pusat dengan memberi kelonggaran supaya pemaju turut sama membantu mengurangkan beban yang ditanggung rakyat kini.

Skim MyHome menawarkan bantuan kewangan sehingga RM30,000 kepada kumpulan pendapatan isi rumah kurang RM3,000 untuk membeli rumah pertama pada harga rumah kos rendah bermula 1 April mereka yang layak hanya perlu membayar harga rumah kos rendah yang ditetapkan di setiap negeri, manakala bakinya dibayar oleh kerajaan terus kepada pemaju.

Skim MyHome menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit kepada pembeli-pembeli rumah dan pemaju-pemaju swasta, untuk meningkatkan pemilikan dan pembangunan rumah mampu milik di negara ini. MyHome akan dilaksanakan mulai 1 April 2014.

Ciri-ciri MyHome adalah seperti berikut:
(i) MyHome1 menawarkan harga jualan rumah antara RM80,000 – RM120,000. Golongan sasaran adalah isi rumah yang berpendapatan RM3,000 – RM4,000;

(ii) MyHome 1 Sabah dan Sarawak menawarkan harga jualan rumah antara RM90,000 – RM120,000. Golongan sasaran adalah isi rumah yang berpendapatan RM3,000 – RM4,000;

(iii) MyHome2 menawarkan harga jualan rumah antara RM120,001 – RM200,000. Golongan sasaran adalah isi rumah yang berpendapatan RM4,001 – RM6,000; dan

(iv) MyHome 2 Sabah dan Sarawak menawarkan harga jualan rumah antara RM120,001 – RM250,000. Golongan sasaran adalah isi rumah yang berpendapatan RM4,001 – RM6,000.

Bagi Sabah dan Sarawak, harga rumah MyHome adalah sedikit berbeza memandangkan kos pembinaan yang lebih tinggi di kedua-dua negeri itu. Keluasan minimum rumah MyHome1 adalah 800 kaki persegi dan MyHome2 pula adalah 850 kaki persegi.

Rumah-rumah yang dibina di bawah MyHome juga perlu dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air serta perlu disediakan dengan kemudahan-kemudahan asas seperti tempat letak kenderaan, dewan, surau dan taman permainan. Ini bagi memastikan pembeli rumah MyHome ini menduduki rumah yang selesa serta lengkap dengan kemudahan-kemudahan sosial.

Pemilihan pemaju tersebut akan dilaksanakan melalui Jawatankuasa Pemilihan Projek MyHome di KPKT. Setiap permohonan pemaju akan dipertimbangkan, berdasarkan syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

(i) Syarikat pemaju mestilah syarikat yang sah ditubuhkan dan diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia.

(ii) Setiap pemaju dihadkan untuk menerima insentif tidak melebihi 1,000 unit dalam satu pemajuan projek.

(iii) Projek diluluskan pada tahun 2014 atau sebelumnya layak memohon di bawah MyHome ini.

(iv) Keutamaan diberikan kepada pemaju perumahan swasta.

(v) Projek-projek MyHome hendaklah dilaksanakan di atas tanah milik swasta dan bukannya di atas tanah milik Kerajaan.

(vi) Pemaju perumahan yang ingin menyertai skim ini mestilah berlesen serta telah mendapat kelulusan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Seperti yang kita sedia maklum, tujuan skim ini dilancarkan adalah untuk menggalakkan pembinaan rumah mampu milik oleh pemaju-pemaju swasta. Justeru, bagi membantu pemaju perumahan swasta terutamanya aliran tunai mereka dalam pelaksanaan projek MyHome ini, pembayaran MyHome akan dilaksanakan kepada pemaju dengan cara berikut:

(i) Bayaran insentif RM30,000 daripada harga rumah akan dibayar kepada pemaju secara upfront melalui MyHome ini dan baki harga rumah akan dibiayai sendiri oleh pembeli.

(ii) Pembayaran RM30,000 ini adalah termasuk bayaran deposit sebanyak 10% kepada pembeli apabila Surat Perjanjian Jual Beli ditandatangani. Ini bertujuan untuk membantu pembeli dalam menyediakan deposit pembelian rumah.

(iii) Pemaju perlu memastikan pembeli mendapatkan pembiayaan pada baki harga rumah sahaja selepas ditolak dengan insentif RM30,000.

MyHome ini merupakan manifestasi Kerajaan dan visi YAB Perdana Menteri Najib Razak dalam membantu pembeli untuk memiliki kediaman sendiri, melalui pembelian rumah mampu milik. Oleh itu, KPKT menetapkan beberapa syarat-syarat kepada bakal pembeli rumah MyHome, bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja akan mendapat faedah daripada skim ini.

Antara syarat-syarat-syarat yang ditetapkan oleh KPKT kepada pembeli adalah seperti berikut:

(i) Pembeli mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

(ii) Pembelian adalah untuk rumah pertama dan permohonan dihadkan satu (1) unit rumah kepada setiap isi rumah.

(iii) Pemohon mestilah mempunyai pendapatan isi rumah antara RM3,000 – RM 4,000 bagi MyHome1 dan pendapatan isi rumah antara RM4,001 – RM6,000 bagi MyHome 2.

Bagi memastikan pemilikan rumah di bawah skim ini mencapai golongan sasaran, maka perlulah ditetapkan syarat tempoh moratorium kepada pembeli selama 10 tahun. Tempoh moratorium ini dikira mulai Surat Perjanjian Jual Beli ditandatangani.

Ini bermakna, pembeli tidak boleh menjual rumah ini dalam tempoh tersebut. Bagi memastikan perkara ini dapat dilaksanakan, syarat moratorium tersebut akan dimasukkan ke dalam surat tawaran kepada pembeli, Surat Perjanjian Jual Beli dan dokumen hakmilik tanah di bawah sekatan kepentingan.

Borang permohonan boleh diperolehi menerusi laman web Jabatan Perumahan Negara dihttps://ehome.kpkt.gov.my/ atau dengan mendapatkannnya di pejabat Setiausaha Kerajaan negeri yang berkenaan.

Pada tahun ini sahaja, Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM300 juta bagi pembinaan 10,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara. Jika skim ini menerima sambutan, saya tidak menolak kemungkinan peruntukan ini ditambah untuk tahun akan datang.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top