..."/>

DEWAN SJK (T) MASAI SIAP DIBINA

20160508_100917

20160508_103602

20160508_103621

Masai, 8 MEI 2016 – Dewan SJK (Tamil) Masai telah siap sepenuhnya dan boleh digunakan oleh pelajar sekolah tersebut untuk melakukan aktivititi kurikulum atau kokurikulum.

Dewan tersebut telah dirasmikan oleh YAB Dato Mohamed Khaled bin Nordin, ADUN Permas merangkap Menteri Besar Johor. Dalam ucapan YAB, beliau menekankan pendekatan kerajaan negeri yang amat inklusif dalam mendekati pelbagai lapisan masyarakat.

“Bagaimana kita sentiasa memikirkan saban hari penambahbaikan yang kerajaan negeri akan laksanakan demi rakyat. Bagaimana juga kita ingin memastikan rakyat sentiasa hidup dlm keadaan selesa dan bagaimana pihak kerajaan dapat menambahbaik infrastruktuk yang sedia ada.”

Tambah beliau, keselesaan yang dirasai oleh pelajar akan menambahkan minat mereka serta menarik tumpuan mereka dalam setiap subjek yang dipelajari.

“Apa yang kerajaan laksanakan hari ini bagi memastikan anak-anak kita berjaya dalam menguasai ilmu dan berharap mereka tidak lupa untuk menyumbang kembali kepada sekolah apabila sudah tamat.”

“Setiap seseorang itu mesti mempunyai bakat dan itu harus dilahirkan oleh setiap guru agar mereka dapat mengupayakan pelajar-pelajar mereka sekaligus membantu negara dalam persaingan globalisasi yang mengganas. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak menguasai ilmu semaksimum yang mungkin”

Top