..."/>

19 PERSATUAN DALAM PARLIMEN PASIR GUDANG TERIMA PERUNTUKAN BERJUMLAH RM 652 RIBU

20160416_124330

20160416_124204

20160416_130057

TAMAN MOLEK, 16 APRIL 2016 –  Peningkatan Infrastruktur kemudahan awam sememangnya penting dan menjadi medan utama sesebuah kerajaan dalam mengadaptasikan impian negeri. Ini kerana ia bakal menjadi  pusat kemasyarakatan baru di dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang serta menjadi nilai tambah pembangunan perpaduan, kesihatan, dan kesejahteraan masyarakat setempat.

YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin ketika merasmikan Dewan Taman Molek, beliau menzahirkan rasa syukur serta mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat serta menggembleng tenaga bagi menjayakan dewan yang bakal menjadi kegunaan buat masyarakat setempat.

“Kawasan ini terletak berdekatan dengan Taman Johor Jaya, Taman Redang, Taman Desa Harmoni, dan Taman Saujana serta berhampiran koridor Tebrau – Plentong.”

“Ini menunjukkan kerajaan negeri yang begitu peka dalam menghakupayakan masyarakat serta mendengar pandangan dan masalah mereka.”

Dalam majlis perasmian tersebut, sebanyak 19 buah persatuan dan jawatankuasa penduduk menerima peruntukan sebanyak RM 625 ribu. Penerima tersebut merupakan penerima persatuan dan JPP di dalam Parlimen Pasir Gudang.

Top