..."/>

KEBERSIHAN FAKTOR UTAMA PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

20160326_115831-1

20160326_113655

20160326_110213

Taman Mawar, 26 MAC 2016 – Sebanyak 5000 kit Rumah Perlindungan Lengkap Denggi diedarkan kepada penduduk komuniti Taman Mawar , Pasir Gudang dalam usaha menangani masalah denggi di kawasan berkenaan.

Kit yang bernilai RM270 setiap satu itu diedarkan oleh MOSTI serta wakil penduduk di Taman Mawar.

Menurut YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin selaku ADUN Permas merangkap Menteri Besar Johor berkata, masyarakat perlu mengambil kesedaran untuk menghindar dengan memerangi segala wabak penyakit yang berbahaya sehingga boleh membunuh.

“Tiada makna jika pembangunan yang maju dengan bangunan pencakar langit, tetapi wabak denggi semakin berleluasa.”

“Semua yg berlaku samada denggi atau wabak lain mencerminkan bagaimana kita menguruskan kehidupan kita. Jika menitik beratkan soal kebersihan pasti wabak denggi dapat di kurangkan.”

Menyentuh soal kebersihan, YAB berkata sebanyak RM18 juta diperuntukkan oleh MPPG bagi menjaga kebersihan di wilayahnya. Jika soal kebersihan diambil berat oleh semua lapisan masyarakat, pasti ia dapat menjimatkan kos serta dapat digunakan untuk pembangunan.

Kit yang mengandungi biolarvicide Mousticide yang dapat membunuh larva nyamuk, losyen penghalang nyamuk dan perangkap Ovi Larva Aedes itu, direka khas untuk membunuh sistem pembiakan nyamuk.

Top