KG. BARU PLENTONG TENGAH & PAS

Kg. Baru Plentong Tengah telah menjadi satu isu yang dimainkan oleh pembangkang. Sikap Pas yang tidak bertanggungjawab berterusan menipu rakyat. Penipuan dan fitnah yang terus dilakukan langsung tidak menghiraukan akan dosa dan balasan Allah.

Syed Othman, calon Pas yang kalah di kawasan Permas Jaya dengan liciknya telah menyusun rapi untuk menabur fitnah terhadap UMNO dan wakil rakyat Pasir Gudang. Pemimpin-pemimpin PAS pusat seperti Hadi Awang, Husam Musa dan Nizar MB Perak dijemput untuk memberi ceramah fitnah di kampung tersebut. Mereka menabur fitnah bahawa UMNO dan wakil rakyat langsung tidak membantu. Dengan dibantu oleh sebahagian penduduk kampung yang tidak pandai berterima kasih dan bersyukur disebabkan oleh hasutan oleh orang-orang PAS.

Lebih dahsyat lagi Husam menghukum orang kampong telah melakukan dosa selama 50 tahun kerana telah mengundi UMNO. Inilah balasannya rumah mereka diroboh. Bayangkan bagi penduduk dan ibu-bapa kita yang telah meninggal dunia dituduh telah melakukan dosa seolah-olah mereka sedang diseksa mengikut fahaman PAS.

Sejak YB Datuk Seri Khaled Nordin berhijrah ke Pasir Gudang pada tahun 2004, masalah Kg. Baru Plentong Tengah telah menjadi salah satu masalah utama yang cuba di selesaikan. Masalah yang dihadapi,
1. Tanah Kg. Baru Plentong Tengah adalah MILIK PERSENDIRIAN dan BUKAN MILIK KERAJAAN.
2. Penduduk telah membawa kes ini ke mahkamah dan mahkamah telah memutuskan bahawa tanah tersebut adalah hak milik sebuah syarikat. Mahkamah telah memerintahkan supaya tanah tersebut mesti dikosongkan oleh penduduk kampung.

Bantuan yang telah diberi oleh UMNO dan wakil rakyat sejak tahun 2004:

  1. Pada tahun 2006, atas usaha UMNO Bahagian dan wakil rakyat, seramai 123 penduduk telah dikurniakan sebidang tanah seluas 6,000 hingga 10,000 kaki persegi sebagai ganti di Bukit Dagang, Ulu Tiram setiap seorang yang telah memohon.
  2. Bagi pemohon yang gagal permohonannya kerana mempunyai tanah dan rumah, kerajaan negeri telah meluluskannya hasil dari rayuan yang dilakukan oleh UMNO Bahagian seramai 41 orang.
  3. UMNO dan wakil rakyat telah berbincang dengan tuan tanah untuk mendapatkan saguhati dan tuan tanah bersetuju menyumbang sebanyak RM10,000 dan duit pindah sebanyak RM2,000 setiap seorang. Dengan syarat penduduk menarik diri kes ini dari mahkamah.
  4. Oleh kerana penduduk meminta pampasan RM100 satu kaki persegi, tuan tanah telah membatalkan tawarannya setelah mahkamah membuat keputusan pada 13.04.2007.
  5. Sekali lagi UMNO dan wakil rakyat berbincang dengan tuan tanah. Tuan tanah bersetuju untuk membina jalan di Bukit Dagang dan duit pindah sebanyak RM2,000 seorang setelah mahkamah membuat keputusan dengan syarat penduduk bersetuju berpindah. Tetapi pemimpin Kg. masih lagi tidak memberi jawapan. Tuan tanah sekali lagi membatalkan tawarannya.
  6. UMNO dan wakil rakyat telah berusaha untuk mendapat bantuan kerajaan melalui Syarikat Perumahan Negara (SPN) untuk membina Rumah Mesra Rakyat di Bukit Dagang. Skim ini melibatkan kos RM60,000 dan penduduk hanya perlu membayar RM40,000 sahaja secara ansuran sebanyak RM100 sebulan. Ramai diantara mereka telahpun ditemuduga oleh SPN dan sebahagiannya telah diluluskan permohonanya. Hanya menunggu penduduk menyediakan tapak rumah di Kampung Bukit Dagang.
  7. Kerajaan telah membina sebahagian jalan di Bukit Dagang sebanyak RM360,000.
  8. Sebelum proses merobohkan rumah oleh tuan tanah, UMNO telah membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan rumah-rumah sewa kepada penduduk. Kerajaan negeri telah bersetuju menempatkan mereka di rumah-rumah sewa kerajaan di Taman Cendana, Sri Alam, Pasir Gudang dan Desa Mutiara. Tetapi tiada sambutan oleh penduduk.
  9. Atas bantuan Majlis Keselamatan Negara pihak UMNO, Pejabat Perumahan, TNB dan SAJ telah membuka kaunter di Kawasan berhampiran dengan kampung selama 5 hari termasuk hari kejadian meroboh. Bertujuan menawarkan rumah sewa kerajaan, tanpa deposit sewa rumah manakala pembayaran deposit TNB dan SAJ ditanggung oleh UMNO Bahagian. Malangnya tiada sambutan.
  10. Atas jasa baik Pejabat Daerah Johor Bahru, perancangan telah dibuat untuk membantu perpindahan penduduk selepas hari kejadian meroboh rumah. Rumah-rumah sewa kerajaan masih ditawarkan. Pihak JKR bersedia membantu dengan menyediakan kenderaan untuk perpindahan.
  11. Pihak UMNO Bahagian telah menyumbang RM10,000 bagi pembayaran pengangkutan ke Kampung Bukit Dagang.

Setelah beberapa permintaan tidak dapat ditunaikan dan tuan tanah bertindak, sebahagian penduduk kampung telah menyalahkan UMNO dan wakil rakyat tidak membantu penduduk kampung. Kesempatan ini telah diambil oleh parti Pas dan PKR untuk mendapatkan sokongan rakyat. Syed Othman dengan pantas menggunakan peluang ini untuk kepentingan politiknya. Padahal sebelum ini semasa proses perbincangan beliau tidak langsung berusaha untuk membantu dan sekarang pun tiada apa yang boleh dibantu oleh PAS malah memburukkan lagi keadaan. Inilah sebenarnya kerja-kerja pembangkang yang sentiasa menabur fitnah untuk kepentingan politiknya.

Disebabkan hasutan oleh pembangkang penduduk ada yang telah dimasukkan lokap kerana menghalang perintah mahkamah. Segala usaha PAS yang kononnya hendak membela penduduk sebenarnya langsung tidak akan Berjaya. PAS hanya hendak menunjukkan bahawa mereka telah berjuang untuk penduduk sedangkan ia hanya bertindak untuk mendapat sokongan dan memburuk-burukkan pemimpin UMNO dan wakil rakyat yang selama ini telah banyak membantu penduduk.

Tiada apa pun yang dilakukan oleh PAS di Pasir Gudang. Mereka hanya menghasut rakyat untuk bencikan UMNO dan kerajaan. Berapa banyak bantuan yang diberikan kepada rakyat yang susah, berbanding dengan UMNO yang telah membantu seramai 1,600 rakyat miskin di Pasir Gudang.

PAS hanya membawa pengikutnya terus dalam kesesatan. Islam adalah agama yang diturunkan di muka bumi ini telah dipesongkan oleh PAS menjadikan Islam sebagai sebuah parti. Sedangkan Islam adalah satu agama (agama Islam bukannya parti Islam). Tanpa disedari oleh rakyat, inilah kesesatan yang boleh memesongkan akidah umat Islam.

About the Author