Puteri UMNO Malaysia Gerakkan Tabung Bantuan Banjir

1452366_608432182549057_897598659_n

KUALA LUMPUR: Usaha Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dalam membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara sewajarnya diberikan pujian .

Ketika para perwakilan lain sibuk mendengar ucapan perasmian oleh presiden parti, terdapat beberapa wakil dari Pergerakan Puteri UMNO Malaysia membawa tabung bencana banjir untuk mengutip derma dari perwakilan yang ada disekitar kawasan persidangan ini.

Menurut wakil Puteri berkenaan, wang yang dikumpul akan diagih kepada negeri yang dilanda banjir menerusi Pergerakan Puteri Negeri dan kerjasama dengan Badan Perhubungan UMNO negeri.

Top