MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN PERMULAAN IPT AWAM SWASTA YAYASAN PASIR GUDANG

Seramai 230 pelajar mendapat bantuan awal kemasukan ke universiti awam dan swasta telah dirai di dalam satu majlis bertempat di Dewan Muafakat Taman Bukit Dahlia.

Wang tunai berjumlah RM 300 ringgit itu disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar Johor Tuan Haji Mohd Khairi bin Malik selaku wakil rasmi YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang.

Beliau turut menyeru agar mahasiswa/i dalam Pasir Gudang merebut segala peluang yang terhidang dalam kepesatan ekonomi Johor yang membangun apabila tamat pengajian. Selain itu, beliau juga menyampaikan pesanan daripada YAB Menteri Besar agar mahasiswa/i bergiat aktif dalam program dan melibatkan diri bukan sahaja dari segi akademik tetapi dalam bidang yang lain dalam universiti.

Top