156 MAHASISWA PARLIMEN PASIR GUDANG TERIMA BANTUAN PENDAFTARAN KE IPT DARIPADA YAYASAN PELAJAR JOHOR

PERMAS JAYA, 10 SEPT – Seramai 156 orang pelajar IPT telah menerima Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor (YPJ). Setiap tahun Kerajaan Negeri melalui YPJ meyalurkan peruntukan bagi membantu dan mengupayakan bakal mahasiswa, pada tahun 2017 sahaja YPJ telah memperuntukkan sebanyak RM 50 JUTA ringgit bagi pelbagai bentuk program khusus buat pelajar-pelajar anak Johor.

“Untuk tahun hadapan, kita akan memperkenalkan beberapa inisiatif baru. Saya percaya ia akan dapat membantu anak-anak kita yang sedang belajar.” Kata Mohamed Khaled Nordin ketika menyampaikan ucapan dihadapan ibu bapa dan mahasiswa dalam program tersebut.

Tambahnya lagi, kita perlu pastikan negeri dan negara kita pesat berkembang. Tetapi jika orang Johor tidak mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran tersebut, kita pasti akan kalah dan lemas serta peluang tersebut akan diambil oleh orang lain.

“Saya berharap tiga atau empat tahun akan datang, saudara, saudari semua tidak lupa balik ke Johor, berkhidmat di Johor dan menyumbang kepada Negeri Johor, In Sya Allah” katanya.

Sebanyak RM 750 diberikan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda serta RM 500 kepada pelajar peringkat diploma dan ianya merupakan sumbangan ikhlas kerajaan negeri bagi meringankan beban keluarga dan pelajar.

Top