“JADILAH BANGSA JOHOR YANG PANDAI BERNIAGA”- MB Johor

20170505_210439

Pengalaman sebagai Menteri Pembangunan Usahawan ternyata membawa banyak faedah kepada Bangsa Johor.

Sebagai Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin mendambakan sebuah masyarakat usahawan khususnya di kalangan generasi muda.

Anak-anak muda di sini mesti menikmati kemajuan ekonomi Johor yang dibina dengan pelbagai peluang niaga.

Johor punya aspirasi, cita-cita dan matlamat iaitu untuk menjadikan Johor sebagai kuasa ekonomi negara.

Pesan Menteri Besar “Jadilah bangsa johor yang berkeusahawanan dan pandai berniaga”.

Nabi pun pernah berpesan bahawa sembilan daripada 10 rezeki itu datangnya dari berniaga.

Ini bukan cakap-cakap kosong tetapi kerajaan Johor terlebih dahulu mempunyai pelan tindakan dalam menjayakan sebuah masyarakat keusahawanan di Johor.

REBUTLAH PELUANG YANG TERHIDANG DI DEPAN MATA

Peluang yang harus direbut ialah program bantuan Usahawan Belia Islam Johor.

Antaranya bantuan ‘MyHome Shop’ khusus untuk surirumah RM1,000 dalam bentuk barangan keperluan harian dan rak jualan.

Team Johor juga akan menyumbang sebanyak RM2,000 bagi setiap usahawan untuk membeli peralatan dan keperluan asas perniagaan.

Bagi usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan kerajaan menyediakan bantuan RM20,000 untuk 10 orang dan RM10,000 untuk 20 orang.

Para belia sekalian, rebutlah peluang yang disediakan melalui Perbadanan Islam Johor (PIJ).

Selain PIJ melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) membantu mewujudkan masyarakat usahawan yang berdaya maju.

Skim Sewa Beli “food truck” merupakan satu lagi peluang untuk belia menceburkan diri dalam perniagaan yang menjadi trend masa kini.

Antara kawasan yang telah dikenal pasti untuk perniagaan jenis ini ialah di Taman Molek dan Taman Bukit Indah, Johor Bahru.

Manakala Inkubator Usahawan yang diperkenalkan PIJ adalah kemudahan untuk individu atau syarikat memulakan perniagaan.

Dengan kadar sewaan yang berpatutan memadai seseorang itu mempunyai sebuah ruang pejabat dan tandas serta beberapa kemudahan lain.

Majlis Pecah Tanah untuk membina kilang IKS Bumiputra kendalian Johor Corporation (Jcop) di Kampung Pasir Gudang Baru yang diadakan pada hari ini (7 Jun 2017),adalah satu lagi bukti kesungguhan kerajaan pro-rakyat di Johor untuk melahirkan lebih ramai usahawan Johor.

Justeru adalah menjadi tanggungjawab Bangsa Johor untuk memastikan kerajaan pro-rakyat di Johor dapat dikekalkan dalam PRU-14.

Agar segala perancangan kerajaan untuk kemakmuran bangsa Johor dan Negeri Johor dapat diteruskan menerusi Gagasan Johor Berkemajuan.

Kerajaan akan terus mencari jalan untuk memantapkan budaya keusahawanan dan budaya muafakat di kalangan Team Johor.

Biar ia menjadi ikatan terkuat yang memastikan kita kekal sebagai sebuah masyarakat yang saling memberi demi menjadikan Johor sebuah negeri yang terbaik. Insyaallah.

Muafakat membawa Berkat.

TUN MUTAHIR

Top