SETINGGAN – Masih Melukutkah Melayu di Johor ??!!

20161015_141502

Pada tahun 2004 Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya dan Pasir Gudang telah diwartakan sebagai satu lagi kawasan parlimen dengan mempunyai dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Johor Jaya dan Permas.

Pada pilihanraya umum ke 11, UMNO Bahagian Pasir Gudang yang baru diterajui oleh Dato’ Mohamed Khaled Nordin berjaya memenangi semua kerusi yang dipertandingkan dengan mandat cemerlang.

Perjuangan terhadap masyarakat setinggan di kawasan bandar Johor Bahru telah dilakukan oleh Khaled sejak beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru lagi. Kelantangan suara Pemuda UMNO membuatkan Menteri Besar Johor ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggap Khaled seolah-olah menentang arus!

Di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung. Sebagai Ketua UMNO dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, beliau terus melaksanakan segala janji dan manifesto pilihanraya.

Antaranya perjuangan menuntut hak milik tanah kawasan setinggan dalam Parlimen Pasir Gudang.

Empat belas (14) kampung yang terlibat dalam tuntutan ini ialah Kg. Pasir Gudang Baru,Kg.Seri Makmur,Kg.Plentong Baru,Kg Seri Bahagia,Kg.Rumah Sepuluh,Kg.Jln Jasa,Kg.Sepakat Masai,Kg.Belantik,Kg. Melayu Pandan,Kg.Jln Imam,Kg.Saujana Baru,Kg Pertanian ,Kg.Desa Perwira dan Kg. Sungai Rinting.

Kebanyakkan perkampungan setinggan ini telah wujud lebih 30 lalu..UMNO bahagian Pasir Gudang telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan proses tuntutan ini.

Mereka sedar tuntutan ini memakan masa yang lama kerana melalui proses yang berbeza untuk semua kawasan setinggan.

Terdapat kawasan setinggan yang telah dimiliki, yang mana kerajaan terpaksa mencari tanah lain sebagai ganti.

Sepanjang penantian itu, pengundi-pengundi Pasir Gudang terus dihasut oleh parti-parti pembangkang bahawa UMNO dan kerajaan Barisan Nasional telah menipu mereka. Kata mereka kononnya tuntutan yang dibuat tidak akan berjaya malah kawasan mereka akan dibangunkan dengan projek-projek mewah.

Ternyata segala tuduhan pemimpin parti-parti pembangkang adalah dusta dan fitnah belaka.

Pada Mac 2013, sebelum PRU-13 kerajaan Johor berjaya menyelesaikan isu 10 kampung setinggan membabitkan 10,000 penduduk dalam Parlimen Pasir Gudang.

UMNO Bahagian Pasir Gudang terus memperjuangkan saki baki perkampungan setinggan untuk diberikan hak milik. Antara yang telah berjaya mendapat hak milik ialah Kg.Rumah 10 sebanyak 167 tapak (360 penduduk), Kg. Plentong Baru 167 tapak (400 penduduk), Kg. Pasir Gudang Baru 97 tapak (1000 penduduk), Kg Sri Bahagia 137 tapak (500 penduduk), Kg. Sri Makmur 219 tapak (300 penduduk ) dan Kg. Sepakat Masai 64 tapak (192 penduduk).

Terkini pada 21 Mei 2017, Kg.Melayu Pandan akan mengakhiri penantian mereka apabila 197 penduduk layak diberikan hak milik tanah oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin.

Sasaran Sifar Setinggan di Johor menjelang PRU 14, ahampir pasti terlaksana.Apa lagi yang pengundi mahukan?

Sampai masa jadilah satu pasukan sebagai team Johor untuk membantu menebus kembali kawasan-kawasan yang kini dimiliki oleh pembangkang yang dikawal oleh DAP.Seinci tanah pun tidak pernah diperjuangkan oleh mereka.Apatah lagi mahu memperjuangkan nasib agama bangsa dan tanahair!!!

Hingga jumpa lagi..

TUN MUTAHIR

Top