[Rencana] Jimmy Puah Bak Ayam Berkokok Tetapi Ekor Penuh Tahi

Cyh39BmUUAAgPt3

Baru-baru ini Timbalan Pengerusi PKR Johor YB Jimmy Puah, merangkap ADUN Bukit Batu telah menularkan kenyataan jahat beliau mengenai kedudukan YAB Dato’ Khaled Nordin, sebagai Menteri Besar Johor yang kian bergoyang.

Seperti biasa, pembangkang sememangnya suka menangguk di air keroh dan menyebarkan berita-berita sensasi yang sering menunjukkan seolah-olah merekalah suci, murni dan sememangnya memperjuangkan rakyat. Apakah negeri Selangor di bawah pimpinan PKR bebas ke dari korupsi serta tiada elemen penindasan? Jangan lupa Jimmy. Kes Pegawai-pegawai Khas YB dan EXCO kerajaan negeri Selangor yang ternyata korup dan menindas tetapi Menteri Besar Selangor serta kuncu-kuncu PKR diam membisu seribu bahasa!

Mengenai isu 1MDB, untuk makluman Jimmy, YAB Perdana Menteri secara ‘gentleman’ meminta UMNO negeri Johor di bawah kepimpinan Dato’ Khaled memberikan masa untuk beliau menjelaskan isu ini dalam tempoh enam bulan. Umumnya semua ahli UMNO Johor telah dimaklumkan oleh YAB Dato’ Khaled bahawa UMNO Johor telah mengambil ketetapan untuk memberikan ruang kepada YAB Perdana Menteri untuk menyelesaikan isu ini. Justeru itu tidak timbul sebarang isu yang mengatakan bahawa YAB Dato’ Menteri Besar Johor TIDAK MENYOKONG Dato’ Seri Perdana Menteri dan hal 1MBD. Saya juga maklum sememangnya terdapat bahawa beberapa individu yang tidak berpuashati dengan ketetapan UMNO Johor telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang bertentang dengan keputusan UMNO Johor. Kami sedia maklum, namun bak kata Ketua kami, kita perlu berikan peluang dan makanya kita beri. Yang tak nak ikut serta mempunyai agenda tersendiri itu hak mereka, siapalah kami untuk menghalang. Alhamdulillah akhirnya mandat yang kami berikan kepada YAB Perdana Menteri telah dapat diselesaikan sebelum tiba waktunya. Yang paling jelas, pihak PAC yang juga melibatkan ahli dari parti pembangkang turut berpuashati dalam perkara ini. Nak cakap apa lagi Jimmy? Isu tanah dan rasuah khasnya Deig, MBI di Selangor sehingga kini masih belum terjawab!

UMNO Johor bukan anak kecil atau parti baru seperti parti PKR dan Bunga. PKR dan Bunga untuk makluman Jimmy, parti tersebut lahir dari kekecewaan bekas pemimpin UMNO. Ironinya Jimmy, kedua-dua nya adalah bekas pemimpin kedua tertinggi UMNO. UMNO Johor dilahirkan dari Istana Johor dan perjuangan UMNO memang untuk rakyat. UMNO telah melalui pelbagai peristiwa, melalui pelbagai bentuk tribulasi sehingga pernah menggoncangkan kerajaan suatu ketika dahulu. Alhamdulillah sehingga kini UMNO masih utuh dan mendapat kepercayaan rakyat sebab parti kami bukan ditubuhkan atas dasar kebencian, rasis, dendam ataupun irihati. UMNO ditubuhkan atas dasar ingin memperjuangkan nasib dan membela rakyat.
Mengenai isu rasuah yang sedang melanda salah seorang EXCO Kerajaan Negeri Johor, Ketua kami bukannya Tuhan dan EXCO serta pegawai-pegawai Kerajaan bukannya malaikat. ‘They are just plain and lament human beings. They have needs, greeds, lusts and all’. Cumanya kami hairan, bukankah YAB Menteri Besar Johor secara terbuka telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan menghalang sebarang siasatan yang sedang dan akan dijalankan oleh SPRM? Sehinggakan akhbar arus perdana telah menyiarkan berita bahawa yang terlibat sudahpun ditahan untuk proses siasatan tanpa sebarang perlindungan, yang terpercik dik perbuatan itu telahpun bercuti dari terus jawatannya? Jimmy tak tahu baca akhbar Melayu atau tak baca kenyataan Menteri Besar Johor dalam Bahasa Melayu? Minta maaflah Jimmy, nanti saya akan minta pihak pejabat Menteri Besar Johor bagi satu salinan dalam Bahasa Mandarin. Satu lagi Jimmy, kami senada dengan Menteri Besar Johor dan DYMM Tuanku Sultan bahawa sesiapa yang terlibat dalam perkara seumpama ini, satu sahaja yang dapat kami nyatakan iaitu; “SIAPA BUAT, TANGKAP!” Saya nak tanya sama lu lah Jimmy. PKR punya Menteri Besar berani ke buat macam Menteri Besar kami? Ada dia bagi itu ‘press statement’ macam Menteri Besar kami dalam perkara seumpama ini? Cermin muka dulu lah Jimmy.

UMNO Johor tidak mudah melatah. Yang melatah adalah mereka-mereka yang bukannya mempunyai jati diri UMNO. Mereka bagi kami ibarat musang berbulu ayam dan mereka hanya ingin merosakkan perpaduan serta solidariti yang sedang kukuh di dalam UMNO. Jimmy lu bukan Tuhan lah Jimmy. Lu mana boleh telek nasib orang? Kami tahu akan agama kami dan kami berpegang teguh dengan pegangan kami bahawa hanya Allah sahaja yang akan menentukan. Itu bezanya kami dengan anda. Yang saya tahu kenyataan Jimmy itu adalah maklumat dari parti Bunga sudah semestinya. ‘YAB Dato’ Seri Najib is not that stupid to listen to people like you and he has his own style in dealing with things and he is wise and much wiser than your leader/s. A lot have been done to him and our beloved MB’, tetapi persefahaman mereka tetap kuat dan semakin utuh. Forget it lah Jimmy. ‘No point in canoeing in trouble waters. My MB is a great captain who is able to steer a ship in troubled waters! Don’t under estimate him and his leadership capabilities.’

Isu hartanah di Johor sudah diberi penerangan dengan panjang lebar oleh YAB Menteri Besar Johor. Tuanku Sultan maklum tentang perkara ini dan baginda bukan sahaja memberikan restu tetapi menyokong dan bersama-sama dengan kepimpinan YAB Menteri Besar di dalam membangunkan negeri Johor secara bermuafakat di antara pihak Istana dan Kejaraan Negeri. Jangan hanya tahu memekak dan cakap tak serupa bikin! Pulau Pinang jual tanah lu tak mahu bising! Lagi pulak, orang Penang dihalau keluar tanpa diberi pampasan atau diberi pampasan yang setimpal! Jangan mahu jadi ayam jaguhlah Jimmy. Lu sebenarmya umpama ayam jantan yang berkokok tetapi ekor penuh tahi.

Kepimpinan YAB Dato’ Khaled telah terbukti tidak menyokong mereka-mereka yang terlibat di dalam amalan korupsi dan penyalahgunaan kuasa. Yang salah tetap bersalah. Dan sebagai seorang peguam, beliau lebih mengetahui. Jestru itu, beliau akan serahkan segala-galanya kepada pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas mereka. Hanyasanya selepas mahkamah menjatuhkan hukuman, barulah beliau akan melakukan tindakan yang sewajarnya. Rakyat Johor sudah maklum dan akan bersama-sama dengan YAB Dato’ Khaled kerana sifat beliau tidak akan melindungi mereka yang terlibat menyalahgunakan kuasa atas dasar peribadi.

ALLAH PERLIHARAKAN SULTAN.
ALLAH BERKATI NEGERI JOHOR.

Azman Ja’afar
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Pasir Gudang

Top