(PENDAPAT) Isu Rasuah Di Johor: Pembangkang Diminta Cerminkan Diri Mereka Terlebih Dahulu

Unknown-7-300x300

Baru-baru ini apabila media cetak memaparkan pembongkaran isu penukaran status rumah bumiputera di Johor yang melibatkan beberapa pegawai kerajaan negeri serta penglibatan anak seorang Exco kerajaan negeri. Belum pun sempat pihak kerajaan negeri menyiasat kes ini serta SPRM masih lagi meneruskan siasatan nya, tekonyong-konyong jua DAP serta anak muda parti Bunga terus menggunakan peluang untuk menangguk di air keruh dan seperti biasa ingin menjuarai hak-hak rakyat!

Pihak Pemuda sememangnya prihatin dengan isu seumpama ini dan sikap kami bukan sahaja bersifat mendiamkan diri, namun memberikan peluang serta ruang kepada kerajaan negeri memberikan maklumbalas kerana mereka mempunyai maklumat yang perlu pihak Pemuda amati sebelum memutus untuk memberikan pandangan.

Syukur, sikap keprihatinan YAB MB Johor telah menjalankan tugas serta amanahnya dengan penuh tanggungjawab. YAB MB secara peribadi telah mengeluarkan kenyataan rasmi peribadi beliau sendiri di atas kapasiti beliau sebagai MB Johor. Apa yang jelas, yang salah tetap salah dan pihak MB Johor tidak akan melindungi mereka-mereka yang jelas terbabit dan memberikan sokongan dengan memberikan kerjasama yang penuh kepada SPRM! Jelasnya YAB MB Johor amat memandang serius terhadap perkara ini. Bukan hanya pada cakapan, namun dengan perbuatan.

Anehnya, belum pun SPRM menjalankan siasatan mereka dengan lebih mendalam, apatah lagi belum pun dibawa kemuka pengadilan, seperti biasa, dengan lahapnya, DAP dan Bunga bangkit atas nama kepentingan rakyat, mendesak kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin untuk melakukan tindakan. Lebih anehnya, dinasur tua DAP selang beberapa hari mendesak agar YAB MB Johor pula bercuti.

Pemuda tabik akan sikap berani YAB MB Johor kerana beliau telah mengambil inisiatif sendiri dengan mengeluarkan kenyataan peribadinya dan yang lebih penting, memberikan maklumat yang sebenar terhadap isu ini. Apa yang jelas, rumah-rumah yang ditukarkan status bukanlah Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) yang dikhaskan untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah, tetapi rumah-rumah berstatus mewah yang masih tidak terjual di negeri Johor ini. Walaupun ianya adalah dasar kerajaan negeri, namun pihak Pemuda berterima kasih di atas ketegasan YAB MB Johor bahawa tidak sepatutnya ada individu atau mana-mana pihak menangguk di air keruh! Keadilan tetap berlaku dan yang di dapati bersalah akan tetap di hukum dan tidak akan dilindungi!

Pemuda juga ingin menyarankan kepada dinasur tua DAP serta anak-anak buahnya termasuk armada Bunga, agar mereka juga, khasnya DAP agar mencerminkan diri mereka dahulu. Kami berbangga dengan MB kami kerana MB kami bersikap very gentlemen! He walks the talk and he took the responsibility.

Semua orang tahu, bahawa kes rasuah yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang bukan sahaja jelas malah sudahpun didakwa di mahkamah dan Ketua Menteri sedang berada di dalam siasatan dan akan dihadapkan ke mahkamah. Namun kepimpinan DAP, khasnya dinasur tua itu terus menerus mempertahankan kedudukan anaknya! Kepimpinan DAP bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah mempertahankan kedudukan Ketua Menteri tersebut.

Malah bukan setakat itu sahaja, terdapat juga ura-ura agar suatu pindaan ataupun akta yang berkaitan dengan rasuah dipinda agar kes Ketua Menteri tersebut dapat diselamatkan dari dakwaan. Ketua Menteri sendiri yang tidak berani memberikan sebarang kenyataan peribadinya, malah sanggup mengupah orang lain mejawab serta mempertahankan dirinya! Sepatutnya DAP Johor serta dinasur tua DAP itu menunjukkan contoh tauladan yang baik dengan mereka sendiri mendesak tanpa sebarang rasa takut dan sangsi, jika Ketua Menteri itu benar-benar tidak bersalah dengan melepaskan jawatan! Sedangkan dalam kes di Johor, Exco yang keluarganya terlibat telah bercuti secara sukarela demi menjaga nama baik kerajaan negeri serta parti, agar proses perundangan dapat berjalan dengan baik dan lancar tanpa sebarang gangguan ataupun tekanan! Tidak seperti kes Ketua Menteri Pulau Pinang, isu beberapa ekar tanah negeri Pulau Pinang yang tergadai belum selesai termasuklah tanah yang sepatutnya dibina perumahan mampu milik untuk rakyat Pulau Pinang.

Buat armada Bunga, jangan hanya tahu mencari salah orang. Mohon juga pesan dan tegur pemimpin saudara, agar bertanggungjawab dengan segala maksiat dan kedurjanaan beliau tatkala memegang tampuk pemerintahan negeri dan juga negara. Saya tak perlulah nak nyatakan dengan panjang lebar kerana ianya telah dihuraikan dengan lebih tepat dan mendalam oleh Exco Johor beberapa hari yang lalu. Beranikah armada Bunga menyatakan perkara serta kebenaran tersebut kepada Ketua Saudara? Cakap sahaja lebih. Saya cabar saudara armada Bunga agar mencabar ketua saudara juga melepaskan jawatan sehingga selesai kes beliau itu nanti.

Kami mengamalkan politik sihat serta matang. Kami bukan seorang pelatah yang akan melatah tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya.

Yang salah tetap salah dan yang benar tetap akan kami pertahankan. Kami tidak akan menghukum seseorang itu sehingga ianya didapati bersalah. Ketua kami, YAB Dato’ Mohamed Khaled telah melakukan perkara yang bijaksana dan tepat.

Beranikah ketua-ketua saudara dari parti DAP dan Bunga melakukan perkara yang seumpama? Tolong cerminkan diri anda semua ya. Tak malukah anda semua kepada rakyat Malaysia? Saya yakin rakyat Malaysia sememangnya matang dan bijak menilai.

Ya, sememangnya kami ada kelemahan, namun kami tidak akan sekali-kali bersetongkol dengan mereka-mereka yang mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh rakyat kepada kami!

Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.

ALLAH PERLIHARAKAN SULTAN
ALLAH BERKATI NEGERI JOHOR

Penulis merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang

Top