ADUN MENGKIBOL JANGAN BERAT SEBELAH

IMG-20170223-WA0001

JOHOR BAHRU, 22 Feb – Pemuda UMNO Pasir Gudang hari ini membidas sikap berat sebelah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkibol Tan Hong Pin terhadap Dato’ Khaled Nordin yang menggunakan ibu pejabat Umno kawasan sebagai alamat daftar mengundi tapi dalam masa, tidak pula mempersoalkan Ahli Parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok turut menggunakan alamat pejabatnya dalam rekod daftar pengundi.

Penolong Setiausahanya, Noor Azleen Ambros berkata perkara itu tidak seharusnya dipersoalkan memandangkan Ahli Parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok turut menggunakan alamat pejabatnya dalam rekod daftar pengundi.

“Dari pemeriksaan kami kenapa ADUN Mengkibol tidak gunakan hujah yang sama ke atas YB Teresa Kok? Saya boleh tunjuk yang Teresa guna alamat Pusat Khidmat untuk daftar pemilih.

“Kenapa berat sebelah,” katanya kepada sebuah portal pro-pembangkang hari ini.

Sebelum ini Tan mempersoalkan mengenai senarai daftar mengundi Khaled yang menyatakan bahawa beliau menetap di Ibu Pejabat UMNO bahagian Pasir Gudang di alamat 1, Jalan Tembusu, Taman Rinting bersama 13 yang lain.

Mengulas lanjut Azleen berkata kenyataan DAP itu hanya menunjukkan mereka terdesak untuk memburukkan Khaled kerana tidak ada isu yang boleh dikaitkan dengan ADUN Permas itu.

Azleen ketika ditanya mengapa Khaled bertindak menukar alamatnya berkata:

“Macam menteri besar, rumah rasmi dia di Saujana yang terletak di Johor Bharu, bukan di Pasir Gudang tapi kamu sebagai wakil rakyat sudah tentu kamu cuba yang terbaik untuk daftar mengundi di kawasan yang kamu wakili,” katanya

Top