TAKTIKAL JURULATIH PUPG BERI KESAN POSITIF

16142933_1378200695586496_1390860406487766263_n

22 Januari 2017 | Pergerakan Pemuda UMNO Bhg. Pasir Gudang meneruskan siri jelajah ke-3 perlawanan persahabatan bola sepak 2017 kali ini bertemu dengan Pergerakan Pemuda UMNO Zon Bandar Plentong di Padang Awam Flat Kuning, Bandar Plentong .

Saudara Zamri Baba yang baru sahaja menggalas sebagai ketua jurulatih PUPG FC minggu lalu telah membuat banyak perubahan taktikal dan kemasukan beberapa pemain baru tampak membuahkan hasil, apabila pasukan bimbingannya PUPG FC berjaya menjinakkan pasukan Pemuda Bandar Plentong dengan jaringan 3-2.

Keputusan perlawanan ini sedikit sebanyak menaikkan moral dan semangat pemain yang runtuh ketika tewas kepada Pemuda Taman Cendana pada perlawanan yang lalu. Perlawanan tersebut juga dihadiri oleh Tn Hj Azman Bin Ja’afar, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bhg Pasir Gudang dan Saudara Mohd Jafri Bin Che Lah, Ketua UMNO Caw. Bandar Plentong.

Top