PUTERI UMNO PASIR GUDANG PUPUK SEMANGAT PATRIOTISMA DIKALANGAN MAHASISWA

FB_IMG_1471827989517

FB_IMG_1471828004263

FB_IMG_1471828028328

FB_IMG_1471828044847

Program ‘Jom Kibar Jalur Gemilang’ oleh Puteri UMNO Pasir Gudang dimulakan pagi tadi dengan ‘Mesra Mahasiswa’ iaitu ziarah ke IPTA/IPTS di dalam kawasan parlimen Pasir Gudang dengan pengedaran jalur gemilang serta majalah Jauhar dan juga kek bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke59.

Antara IPTA/IPTS yang dikunjungi ialah Politeknik Ibrahim Sultan, Unikl Seri Alam, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Giatmara Prima Permas Jaya dan UITM Seri Alam. Inisiatif yang dilakukan oleh Puteri UMNO Bahagian Pasir Gudang ini bertujuan menanam serta memupuk sikap patriotisma dan cintakan negara dikalangan mahasiswa dan semua yang terlibat.

Selain itu, ‘Jom Kibar Jalur Gemilang’ diteruskan bersama program kedua ‘Jalur Gemilang Give Away’ di Petronas Taman Bukit Dahlia, Petronas dan Shell Pusat Bandar Pasir Gudang.

Program Ketiga ‘Walkabout Ketua Puteri Pasir Gudang’ ke Pasar Malam Tmn Scientex juga mendapat sambutan ramai khusus pengunjung di pasar malam tersebut. Mereka gembira apabila didekati oleh puteri bahagian selain mendapat beberapa cenderamata.

Top