75 ORANG TERIMA SUMBANGAN BIRO KEBAJIKAN UMNO PASIR GUDANG

20160612_183449

20160612_183250

20160612_183449

20160612_214057

20160612_214508

JOHOR JAYA, 12 JUN – Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin hadir pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Kebajikan di Surau Ar-Rahman, Rumah Pangsa Taman Molek

Beliau juga menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan harian selain wang tunai kepada 69 orang kurang berkemampuan yang tinggal di kawasan PDM Molek Harmoni dan PDM Taman Molek.

Pada majlis Moreh pula, YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin bertemu dengan jemaah di Surau Habibillah Jalan Anggerik Taman Johor Jaya Fasa 2. Seramai 7 orang penerima sumbangan juga telah disampaikan selesai solat terawih.

Kedua-dua surau ini merupakan destinasi kedua dalam Program Ramadan Menteri Besar Johor yang berlansung sepanjang bulan Ramadan anjuran UMNO Pasir Gudang.

Sudah menjadi amalan UMNO Pasir Gudang mengadakan majlis berbuka puasa di surau serta menyerahkan bantuan kepada saudara-saudara kita yang memerlukan.

Sumbangan yang diberikan hasil dari pelbagai pihak yang ingin membantu mereoa yang memerlukan dalam meringankan bebanan mereka pada bulan ramadhan ini.

Top