Mayang Parlimen Pasir Gudang akan membuka kelas-kelas tuisyen

31 Julai, Sabtu Acara tahunan, yang mana tahun ini adalah kali yang ke-5 diadakan di Ponderosa Golf & Country Club, Taman Molek. Ia bertujuan utk mengisi dana bagi Tabung Mayang Parlimen Pasir Gudang yang mana Mayang diwujudkan antara lain ialah bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik dan buat permulaan sepangjang Mayang diwujudkan, pendekatan yang diambil ialah dengan memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan dalam kawasan ini kerana orang ramai sedia maklum bahawa
bukan semua mereka yang kurang bernasib baik mendapat bantuan tetap bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Oleh itu, sebagai sebuah parti politik Dato’ Seri Khaled berpendapat bahawa “Kita perlu memainkan peranan dlm soal-soal ini dan kita tidak boleh serahkan hanya kepada kerajaan untuk mengatasi isu dan cabaran masyarakat, mana-mana kerajaan dalam dunia pun tidak mungkin akan dapat bergerak dengan sempurna tanpa masyarakat justeru mengambil tanggungjawab sama-sama dalam menjayakan negara.

Selain dari itu, Mayang turut membantu kerajaan dalam memberi bantuan makanan pada tempoh tertentu kepada golongan yang kurang bernasib baik seperti mana peranan yang selalu dimainkan oleh UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Penyertaan seramai 116 peserta dan kutipan sebanyak RM285ribu turut menunjukkan satu sokongan daripada banyak pihak. Selain itu, satu perkara yang ada peningkatan Mayang dapati bahawa sumbangan yang datang dari kawasan tempatan merangkumi sebanyak 20 peratus daripada jumlah kutipan dimana dahulu sebahagian besar kutipan datangnya daripada Kuala Lumpur khususnya, tetapi pada kali ini kita dapat daripada syarikat-syarikat tempatan dan berusaha untuk bersama syarikat tempatan menjayakan program ini. Ini bermakna kesedaran mengenai usaha yang dilakukan oleh Mayang sedikit demi sedikit diketahui oleh pihak koperat dalam Parlimen Pasir Gudang.

Kalau dahulu, Mayang hanya berkisah pada soal membantu golongan yang tidak bernasib baik tapi pada kali ini Mayang akan meningkatkan lagi peranannya dari hasil kutipan ini dengan membuka kelas-kelas tuisyen khususnya dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang. Dato’ Seri Khaled selaku Pengerusi Mayang berpendapat lagi bahawa satu cara bagi kita membantu kejayaan dan menentukan masa depan yang lebih baik dan terjamin kepada generasi akan datang ialah dengan melalui pendidikan.

Turut hadir memeriahkan program Golf Amal Mayang Tahunan 2010 Timbalan Pengerusi Mayang Adun Johor Jaya YB Tan Cher Puk, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Dato Ibrahim Abd Ghaffar, Naib Ketua UMNO Bahagian Hj Ahmad Bin Daud dan sayap-sayap.

About the Author