UMNO ADALAH KELUARGA YANG BESAR – DATO’ MOHAMED KHALED NORDIN

20160421_210240

20160421_204426

20160421_211433

Dalam program perjumpaan dengan cawangan-cawangan dalam Taman Bukit Dahlia oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang berkata bahawa tujuan beliau mengadakan program ini adalah untuk merapatkan silaturahim dalam kalangan keluarga UMNO Taman Bukit Dahlia yang besar.

Dalam perjumpaan yang melibatkan 3 cawangan iaitu Kristal Dahlia Jln Serangkai, Tmn Bukit Dahlia dan Semerbak, YAB Dato’ Khaled Nordin berkata bahawa parti ini mampu menjayakan hasrat demi kesejahteraan masyarakat. Hanya parti UMNO yang bersifat inklusif.

Selain itu, beliau menegaskan perpaduan antara ahli parti sangat penting untuk menggerakkan parti yang sangat besar ini dalam menghadapi pilihan raya akan datang. Sebagai sebuah parti yang sungguh dekat dengan masyarakat, kepimpinan cawangan perlu membantu dalam menyelesaikannya kerana itulah matlamat UMNO yang sebenar.

“Kita merupakan satu keluarga yang besar. Setiap kawasan ada ketua cawangan. Penduduk jangan adakan jurang dengan mereka. Bekerjasamalah dengan ketua-ketua cawangan ini untuk sama-sama membantu golongan yang memerlukan.”

“Ketua cawangan bukan hanya pada nama, mereka adalah pemimpin masyarakat dalam mendengar masalah dan membantu untuk menyelesaikannya.”

Dalam perjumpaan ini juga, YAB Dato’ Khaled Nordin akan melancarkan satu program IRDA bersama industri yang menfokuskan kumpulan sasar untuk mendapatkan pekerjaan. Pihak IRDA akan membayar separuh gaji pekerja terlatih selama enam bulan.

Top