UMNO PG AKAN TERUS DEKATI RAKYAT – YB NORMALA SAMAD

FB_IMG_1457957642410

PASIR GUDANG, 14 Mac – Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pasir Gudang menyifatkan seberapa banyak sekalipun pakatan pembangkang ditubuhkan, namun perjuangan Barisan Nasional (BN) akan terus teguh memperjuangkan kepentingan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Ketuanya, YB Normala Abdul Samad berkata, UMNO dan BN akan fokus pada agenda kita untuk terus mendekati rakyat, mendengar masalah mereka dan mencari jalan penyelesaian mereka.

“Seberapa banyak mana parti sekalipun, kita kekal pada matlamat penubuhan BN.

“Ini kerana yang paling adalah mempertahankan kerajaan yang telah membina negara ini. Jadi, BN akan terus hadapi walau apa jua rintangan yang berlaku,” mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang mengumumkan parti itu akan membentuk pakatan baharu bagi menghadapi PRU14.

Tambahnya, sejak kita merdeka pada tahun 1957 sehingga ke hari ini, dari parti Perikatan sehinggalah kepada BN hari ini, perjuangan parti tetap kekal utuh walaupun beberapa kali menghadapi rintangan dan cabaran.

“BN tetap BN. Semangat setiakawan dalam BN kekal walaupun kita menghadapi rintangan. Tidak sebagaimana sahabat kita di sebelah sana, dulu ada Barisan Alternatif, tukar ke Pakatan Rakyat. Bila timbul tak puas hati, `bercerai’ lagi, tubuh pula Pakatan Harapan. Kini, Pas yang ditinggal DAP dan PKR, hendak pula buat Pakatan baru semata-mata nak menghadapi BN untuk PRU yang akan datang.

Jadi, jelas matlamat mereka selama ini, tubuh berbagai-bagai Barisan atau Pakatan, sekadar untuk menentang BN dalam PRU, tetapi lepas pilihanraya, samaada menang atau kalah, wakil-wakil rakyat dari pembangkang ini ‘hilang di kawasan’, tidak ada minat pun nak berkhidmat untuk rakyat,” ujarnya lagi yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang.

Sumber : UMNO JOHOR

Top