Sempena perayaan Tahun Baru Cina kali ini kita dijemput untuk menghadiri rumah terbuka Wakil Rakyat DUN Johor Jaya Y.B Tan Cher Puk di Dewan Serbaguna Johor Jaya dengan sambutan tarian naga begitu meriah sekali. Y.B Tan turut berbesar hati dengan kehadiran Ahli Parlimennya iaitu Dato Khaled Nordin dan Wakil Rakyat DUN Permas Y.B MM. Sammy kerana mereka sentiasa berpegang dengan konsep 1Malaysia. Tetamu yang hadir tidak kira kaum dan bangsa juga turut dihidangi dengan masakan melayu, tidak ketinggalan juga angpau sempena tahun baru cina juga turut diberi kepada kanak-kanak.
Sempena perayaan tahun baru cina hari yang ke-8 ini kami mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada Y.B Tan Cher Puk sekeluarga dan semua bangsa Cina di Parlimen Pasir Gudang ini.
