Galeri Foto Perasmian Sekretariat Profesional Melayu Pasir Gudang
31 Jan Ahad- Buat kali pertamanya Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang telah menganjurkan satu penubuhan Sekretariat Profesional Melayu Pasir Gudang khususnya terdiri daripada golongan generasi muda.
Penubuhan ini amatlah dialu-alukan oleh Dato Seri Khaled dalam ucapan perasmiannya yang bertempat di Ponderosa Golf Resort, Taman Molek semalam.
Selain itu, Dato Seri Khaled akui dan percaya kini memang tepat pada masanya dengan tertubuhnya Sekretariat Profesional dapat menyumbang serba sedikit idea dan cadangan yang boleh memberikan impak yang besar kepada masyarakat khususnya masyarakat Pasir Gudang sekaligus mengharapkan harapan yang tinggi agar terbuktinya kejayaan ke peringkat kebangsaan baik dari segi sosial, politik dan ekonomi.
SPM juga tidak hanya tertumpu kepada kaum Melayu sahaja ianya menitik beratkan juga kepada semua kaum dan bangsa kerana ianya tidak lari dari dasar kerajaan dan tetap berpandukan kepada konsep 1Malaysia.
Dato Seri Khaled juga berharap bagi mereka yang mempunyai pemikiran rasional yang ingin menyumbangkan usaha serta peranan untuk menambahbaikan perpaduan,persefahaman seluruh rakyat Pasir Gudang amatlah dialu-alukan.
Sekaligus dengan kehadiran mereka ini dapat memajukan taraf kehidupan kaum Melayu dan kaum-kaum yang lain.
Selain dari itu, kami juga diiringi muzik dengan geselan biola bagi memulakan dan penutup majlis. Dijayakan juga dengan taklimat Pengerusi Sekretariat Profesional Pasir Gudang dan ucapan kata-kata aluan oleh Ketua Pemuda Pasir Gudang En Rohazam Shah Ahmad.
Turut hadir memeriahkan majlis Wakil Rakyat MCA YB Tan Cher Puk.
