Seperti yang kita ketahui bagi peringkat kebangsaan Presiden Umno telah merasmikan “Program Umno Juara Rakyat” yang berlangsung selama 3 hari di Bukit Sentosa, Hulu Selangor Sabtu, 9 Januari lalu dengan dibanjiri hampir 50,000 penduduk tempatan dan pengunjung luar telah membuktikan program Umno tetap unggul dihati rakyat dengan lebih tepat lagi “Umno Juara Rakyat”.
Justeru itu, program yang telah dijayakan oleh Biro Kebajikan Umno Bahagian Pasir Gudang ini dalam menyampaikan sumbangan Beg Sekolah & Uniform dan wang tunai kepada lebih 80 para pelajar sekolah rendah yang lahir dari golongan kurang berkemampuan agar dapat meringankan beban tanggungan pembiayaan pendidikan mereka tambahan lagi sesi persekolahan sudah pun bermula. Selaku Pengerusi Biro itu, Tuan Hj.Rozlan Abu Bakar berkata dalam usaha ingin mengurangkan kuantiti penduduk miskin agar menceburi kursus pendidikan jangka pendek yang ditawarkan iaitu KURSUS KESIHATAN DAN PENAMPILAN DIRI khusus kepada para ibu tunggal oleh Kolej Komuniti Pasir Gudang agar dapat meningkatkan produktiviti ekonomi keluarga dan negara.
Selain itu, majlis ini turut disempurnakan oleh Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang Dato’ Seri Hj Mohamed Khaled Nordin merangkap Menteri Pengajian Tinggi Malaysia yang turut hadir selepas menghadiri Perasmian Karnival Pengajian Tinggi Negara ” Jom Masuk U 2010″ di Persada Johor pada sebelah pagi dimana objektif karnival adalah menjadi Pusat Sehenti (One Stop Center) bermaklumat kepada para pelajar yang ingin mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi, akreditasi dan pembiayaan bagi lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf. Khidmat bimbingan & kaunseling daripada IPT turut disediakan disana.
“Kami sentiasa memantau kebajikan kepada rakyat setempat dari semasa ke semasa” ujar Dato’ Seri dalam ucaptamanya tambahan lagi beliau berkata “Tahniah kepada Biro Kebajikan kerana dalam masa dan hari yang sama kerajaan pusat melancarkan program “Umno Juara Rakyat” biro kebajikan sudah terus membuat program menjuarai hati rakyat khususnya di Parlimen Pasir Gudang.
Bukan sahaja Umno tetapi barisan parti di dalam Barisan Nasional turut memberi sokongan demi mengukuhkan lagi sokongan rakyat kepada parti di mana turut hadir menyampaikan sumbangan Wakil Rakyat daripada MIC dan MCA.
Salam 1 Malaysia
